Hentikan penternakan babi di Kuala Langat dan peruntukan kewangan: Sultan Selangor

January 12, 2026 · Isu semasa

Sultan Selangor menitahkan supaya operasi penternakan babi di Kuala Langat dihentikan sepenuhnya, selain menegaskan kerajaan negeri tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan bagi aktiviti penternakan babi di Selangor pada masa depan.

Titah itu disampaikan Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika sesi menghadap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Menurut kenyataan rasmi Istana Selangor, baginda telah meneliti isu pengurusan dan hala tuju penternakan babi secara menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan rakyat, pemeliharaan alam sekitar serta keharmonian sosial di negeri ini.

“Baginda menetapkan bahawa tiada lagi operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat.

“Operasi sedia ada hendaklah dihentikan secara berperingkat dan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar mengikut perancangan yang tersusun serta mematuhi semua keperluan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Sultan Selangor turut menitahkan satu kajian terperinci dan bancian menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti keperluan sebenar daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor sahaja.

Baginda menegaskan tiada sebarang perancangan untuk mengeksport hasil penternakan tersebut.

“Dapatan kajian ini perlu dijadikan asas utama bagi menentukan skala, kapasiti dan keluasan operasi penternakan babi di Bukit Tagar supaya ia kekal munasabah dan terkawal,” titah baginda.

Dalam masa sama, baginda menegaskan kerajaan negeri tidak akan menyalurkan dana awam atau membuat pelaburan untuk mana-mana operasi penternakan babi, termasuk di Bukit Tagar. “Segala urusan berkaitan hendaklah dilaksanakan tanpa melibatkan peruntukan kewangan negeri,” menurut kenyataan itu lagi.

Sultan Sharafuddin berharap semua pihak yang terlibat dapat mematuhi ketetapan berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor terus terpelihara.

Berita berkaitan
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
November 3, 2026· Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026· Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
October 25, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: Norhizam ‘juara tembak babi’ sedia kembali bertanding
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok