Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi

May 25, 2026 · Politik

Parti Amanah menggesa PAS mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataannya yang didakwa membawa fakta salah berkaitan sahabat Nabi Muhammad SAW.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata tindakan sekadar memberi teguran lisan tidak mencukupi memandangkan isu itu melibatkan soal akidah dan penghormatan terhadap institusi agama Islam.

“Amanah berpandangan Zawawi sepatutnya direhatkan atau dipecat daripada Majlis Syura Ulama PAS.

“Tindakan sekadar memberi peringatan memberi isyarat salah bahawa maruah agama boleh dikompromi demi menjaga kepentingan politik dalaman parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kontroversi itu tercetus selepas Zawawi dikritik kerana didakwa menyampaikan naratif yang dianggap menghina serta memfitnah seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW.

Isu berkenaan kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli politik dan masyarakat Islam mengenai tanggungjawab tokoh agama dalam menyampaikan fakta sejarah Islam.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memaklumkan sudah memberikan peringatan kepada Zawawi berhubung kenyataan tersebut.

Menurutnya, Zawawi mungkin terpengaruh dengan penulisan sejarah yang mengandungi unsur dongeng dan tidak boleh dijadikan hujah.

Bagaimanapun, Mahfuz menyifatkan penjelasan itu sebagai lemah dan tidak munasabah, lebih-lebih lagi kerana Zawawi memegang jawatan penting sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

“Bagaimana seorang yang gagal menapis kisah dongeng sejarah boleh diletakkan sebagai ketua pentadbir institusi ulama?” soalnya.

Mahfuz turut mendakwa pendekatan PAS dalam isu itu memperlihatkan amalan dwistandard apabila parti tersebut sering bersikap keras terhadap pihak lawan, namun lebih lunak apabila melibatkan pemimpin sendiri.

“Apa yang berlaku bukan keterlanjuran kecil atau isu khilafiah. Ia melibatkan asas akidah dan penghormatan kepada institusi agama yang menjadi pasak umat Islam,” katanya lagi.

Pada masa sama, Amanah turut mendesak pihak polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tanpa sebarang campur tangan politik.

Berita berkaitan
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
2 jam lalu· Politik
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
20 jam lalu· Politik
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
May 23, 2026· Politik
ULASAN: Bila PAS mula berlagak jadi ‘abang besar’
May 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
May 25, 2026 · Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
2 jam lalu · Politik
BN Johor kekal pendirian tanding semua kerusi PRN: Onn Gafiz
2 jam lalu · Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
20 jam lalu · Politik
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
May 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok