Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan

November 20, 2026 · Politik

Aziz Bari menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan meletakkan jawatan atau dipecat daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan susulan tindakannya yang didakwa melanggar prinsip tanggungjawab bersama Kabinet.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu berkata, permohonan maaf Ahmad kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak memadai kerana isu berkenaan bukan sekadar melibatkan hubungan peribadi dengan ketua kerajaan, sebaliknya membabitkan prinsip perlembagaan.

Menurut Aziz, tindakan Ahmad ketika berada di Dewan Rakyat disifatkan serius kerana beliau didakwa menggunakan kedudukannya dalam pentadbiran untuk mengkritik kerajaan, mengejek pihak kerajaan serta berkempen bagi pihak pembangkang.

Katanya, perkara itu jelas bercanggah dengan prinsip tanggungjawab bersama anggota Kabinet atau *collective responsibility* seperti yang termaktub dalam Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bukan kesalahan peribadi dengan PMX. Ini soal pelanggaran prinsip perlembagaan yang menjadi tunjang kepada sistem kerajaan berkabinet di bawah sistem Westminster,” katanya dalam satu kenyataan.

Aziz turut menegaskan Ahmad bukan orang baharu dalam pentadbiran kerajaan kerana pernah memegang jawatan dalam kerajaan ketika era UMNO-BN, sekali gus memahami tanggungjawab serta implikasi prinsip kesepakatan Kabinet.

Beliau mengakui terdapat anggota pentadbiran lain daripada UMNO yang turut didakwa melanggar prinsip berkenaan, termasuk Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, namun menyifatkan tindakan Ahmad Maslan lebih serius.

Menurutnya, penerimaan permohonan maaf oleh Anwar tidak bermakna kesalahan berkenaan terhapus kerana Perdana Menteri dalam sistem Westminster mempunyai kedudukan sebagai ‘first among equals’, bukannya seperti Presiden dalam sistem berpresiden.

Malah, Aziz mendakwa Ahmad masih belum menarik balik kenyataannya yang dibuat di Dewan Rakyat.

Beliau turut mengaitkan tindakan itu dengan soal penghormatan terhadap institusi diraja kerana pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dibuat susulan titah Yang di-Pertuan Agong.

“PMX wajib tegas mempertahankan Perlembagaan negara. Ahmad Maslan wajar dikorbankan sebagai peringatan kepada UMNO bahawa Kerajaan Perpaduan ditubuhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong dan berasaskan peruntukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok