Jelajah Kempen Internet Selamat melibatkan 10,200 buah sekolah: Fahmi

May 19, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan jelajah Kempen Internet Selamat ke sekolah-sekolah di Zon Utara sebagai usaha memperkukuh keselamatan dalam talian dan membina komuniti digital yang berdaya tahan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka di Langkawi menjadi lokasi permulaan jelajah itu bagi Zon Utara yang kemudiannya akan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di zon berkenaan.

“Kita bermula di SK Ulu Melaka, tapi nanti akan ke 21 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di seluruh daerah Langkawi.

“Niatnya untuk menyampaikan mesej terutama kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk tidak bermain media sosial dan menerapkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang manfaat dan bahaya media sosial dan internet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Kempen Internet Selamat Zon Utara hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Anggota Suruhanjaya MCMC Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Fahmi berkata program jelajah itu akan diperluaskan ke zon-zon lain selepas ini seterusnya dapat menyantuni kesemua lebih 10,200 sekolah di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

“Ia bukan perkara yang mudah tapi saya telah minta supaya pihak MCMC manfaatkan hubungan bersama dengan NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional). Kita ada 1,099 NADI di seluruh negara dan ada 1,878 Komuniti Madani bawah Jabatan Penerangan di seluruh negara.

“Kita juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)… dengan Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam untuk digerakkan membantu menyantuni sekolah-sekolah sebagai permulaan,” katanya.

Lebih 1,800 peserta, termasuk pelajar daripada 22 sekolah, guru, ibu bapa, pemimpin komuniti serta wakil pelbagai agensi berkepentingan menyertai program pada hari ini.

Kempen itu merupakan kesinambungan usaha memperkasakan literasi digital dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan remaja dalam menangani cabaran buli siber, penipuan dalam talian, perjudian siber serta eksploitasi seksual kanak-kanak.

Sepanjang tahun ini lebih 100,000 peserta di seluruh wilayah utara merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka terlibat dalam kempen berkenaan.

Sebelum ini SK Bidor 2 di Tapah, Perak menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan kempen tersebut yang dilancarkan pada 10 April lepas.
– Bernama

Berita berkaitan
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Sekatan ke atas aplikasi Grok ditarik balik selepas patuh arahan MCMC
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
22 jam lalu · Isu semasa
10 ajaran sesat masih aktif, JAKIM tingkat pemantauan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok