Jualan Ihsan Rahmah 9.9 dibuat secara dalam talian: PMX

August 20, 2026 · Isu semasa

Kerajaan MADANI akan menganjurkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini sempena sambutan Hari Malaysia 2026, memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu merupakan julung kali dilaksanakan secara dalam talian dan bertujuan memperluas manfaat jualan harga rendah kepada rakyat di seluruh negara.

Menurut beliau, langkah itu turut mengambil semangat sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia selain memanfaatkan perkembangan platform e-dagang bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan.

“Dengan mengambil semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia serta inisiatif yang diambil oleh TikTok Shop, saya sambut untuk meneruskan inisiatif ini.

“Saya mahu selarikan ini dengan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian,” katanya ketika merasmikan Summit Malaysia 2026 hari ini.

Anwar turut meminta inisiatif itu dipromosikan secara meluas supaya lebih ramai rakyat mengetahui dan mengambil peluang mendapatkan barangan pada harga berpatutan.

Katanya, pelaksanaan secara dalam talian mampu memperluas capaian program, terutama kepada rakyat yang tidak berkesempatan mengunjungi lokasi jualan fizikal.

Jualan Rahmah merupakan antara inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Program itu menawarkan barangan keperluan asas pada harga diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah, bergantung kepada barangan dan lokasi jualan.

Pelaksanaan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian dijangka memberi pilihan tambahan kepada pengguna untuk membuat pembelian menerusi platform digital, selari dengan perubahan corak pembelian masyarakat yang semakin bergantung kepada urus niaga dalam talian.

Inisiatif itu juga dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan memperluas program bantuan kos sara hidup dengan memanfaatkan platform digital dan kerjasama bersama pemain industri e-dagang.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
1 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
1 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
3 jam lalu · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok