Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan

August 18, 2026 · Isu semasa

Facebook menjadi platform media sosial paling banyak dikenal pasti mempunyai kandungan perjudian dalam talian dan penipuan (scam) yang dimohon untuk diturunkan di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata Facebook menyumbang 78 peratus kandungan perjudian dalam talian yang dimohon untuk diturunkan, jauh mengatasi YouTube sebanyak 18 peratus dan TikTok empat peratus.

Bagi kandungan scam pula, Facebook turut mencatat peratusan tertinggi sebanyak 53 peratus, diikuti TikTok 39 peratus dan Threads lima peratus.

“Kalau hendak kata platform mana yang paling banyak buat dosa kepada rakyat Malaysia, untuk judi dalam talian, Facebook adalah yang paling banyak.

“Untuk scam juga, Facebook paling tinggi dengan 53 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Jabatan Imigresen Malaysia hari ini.

Fahmi berkata, sebanyak 470,593 kandungan dimohon untuk diturunkan bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos lalu, dengan 436,661 kandungan atau 93 peratus dipersetujui platform terbabit untuk diturunkan.

Daripada jumlah itu, 64 peratus membabitkan kandungan perjudian, manakala 27 peratus lagi berkaitan penipuan.

Menurutnya, angka itu menunjukkan platform media sosial perlu mengambil langkah lebih proaktif untuk mengesan dan membendung kandungan memudaratkan, bukan hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa atau orang awam.

“Setiap platform perlu bertindak secara proaktif untuk mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan memudaratkan yang jelas melanggar garis panduan serta terma penggunaan mereka.

“Kelewatan inilah yang memberi ruang kepada kandungan memudaratkan untuk terus tersebar dan meningkatkan risiko kemudaratan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata kerugian akibat penipuan dalam talian di Malaysia mencecah RM158 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding RM2.9 bilion sepanjang 2025.

Beliau berkata jenayah rentas sempadan kini semakin kompleks apabila sindiket menggunakan rangkaian komunikasi dan platform digital untuk menjalankan kegiatan mereka.

Sehubungan itu, kerjasama antara MCMC dan Jabatan Imigresen Malaysia diperkukuh bagi meningkatkan perkongsian maklumat dan risikan, termasuk mengesan individu, rangkaian komunikasi serta modus operandi sindiket.

Fahmi turut memaklumkan MCMC sedang memperkukuh langkah berkaitan pengesahan identiti digital atau eKYC bagi platform media sosial yang tertakluk kepada kerangka kawal selia negara.

Langkah itu bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna selain membantu tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang menyalahgunakan platform digital untuk kegiatan jenayah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai memorandum bantahan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berhubung arahan mempercepatkan pemprosesan 15,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan sektor 3D, Fahmi berkata beliau belum menerima maklumat mengenainya.

“Saya tiada maklumat dan tunggu Mesyuarat Kabinet dan laporan dari PMO (Pejabat Perdana Menteri) esok,” katanya.

Berita berkaitan
Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi
September 12, 2026· Isu semasa
MCMC nafi terlibat isu dalam laporan Anthropic
September 11, 2026· Isu semasa
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026 · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
September 14, 2026 · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok