Kadar internet Malaysia antara termurah, prestasi 5G berkembang pesat: Fahmi

November 17, 2025 · Isu semasa

Kadar internet di Malaysia antara yang termurah di dunia bagi setiap gigabait, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan akses digital yang inklusif dan mampu milik kepada seluruh rakyat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata negara juga berjaya melaksanakan rangkaian 5G dengan kelajuan yang memberangsangkan dengan mengekalkan kadar caj berpatutan kepada pengguna.

“Kita adalah antara 10 negara yang kadar Internetnya bagi setiap gigabait berharga sekitar 2 sen.

“Usaha berterusan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan rakyat menikmati perkhidmatan digital pada kos yang berpatutan,” jelas Fahmi ketika berucap pada Majlis Bersama Diaspora Malaysia di Rumah Malaysia di Azerbaijan.

Beliau yang berada di Baku bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25) turut menekankan kejayaan negara dalam arena teknologi.

“Hasilnya, negara kini mempunyai rangkaian 5G terpantas di Asia Tenggara serta kedua terpantas di rantau Asia Pasifik selepas Korea Selatan. Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat semua pihak dalam industri,” ujarnya.

Mengenai Sidang Kemuncak ASEAN yang lalu, Fahmi berkata kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah membuktikan peranan penting yang dimainkan bagi menjaga kestabilan di rantau tersebut.

“Kita berjaya mengubah persepsi masyarakat antarabangsa bukan sahaja terhadap Malaysia tetapi juga ASEAN. Sebagai sebuah rantau dengan 660 juta penduduk, masa depan kita cerah jika terus bersatu dan mengekalkan kestabilan,” ujarnya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, menyifatkan penyertaan Fahmi dalam WTDC-25 sebagai bukti komitmen kerajaan memperkukuh hubungan dua hala.

“Persidangan ini membuka ruang untuk kerjasama lebih luas dalam bidang komunikasi dan teknologi,” katanya.

Seorang warga Malaysia, Kelvin Chong, yang telah menetap di Azerbaijan selama 18 tahun, meluahkan rasa bangga dengan kemajuan negara.

“Saya amat teruja dengan perkembangan di Malaysia. Negara semakin maju dan kami di sini berasa sangat gembira dan bangga,” ujar pengasas Culinary Arts Centre of Azerbaijan (CASA) itu.

Berita berkaitan
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
Malaysia fokus tadbir urus digital, pastikan platform media sosial selamat: Fahmi
July 21, 2026· Isu semasa
Jangan nafikan pemimpin Melayu-Islam dalam PH: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Menteri diingatkan kekal profesional semasa berkempen, bukan arah letak jawatan: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok