Setiausaha PAS Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.
Tuntutan bagi jawatan perdana menteri (PM) mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN), khususnya antara PAS dan Bersatu, menghampiri Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Setiausaha PAS Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata parti itu layak diberikan jawatan tertinggi itu sekiranya berjaya memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding Bersatu pada PRU nanti.
“Bagi saya, elok kita fokus kepada kerja-kerja kemenangan untuk PRU-16 nanti. Bila menang barulah bincang.
“Kalau PAS menang banyak, sudah tentu perdana menteri dari kami (PAS),” katanya dipetik laporan media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kali Ke-25 hari ini.
Beliau menekankan adalah tidak sesuai untuk mengumumkan calon PM terlalu awal, dan perkara itu perlu dibincangkan selepas keputusan PRU diketahui.
“Kalau namakan awal, bila kalah macam mana,” soalnya.
Kenyataan ini dilihat sebagai satu respons kepada keputusan Bersatu yang telah menyatakan sokongan penuh terhadap Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon PM ke-11.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri