Kandungan judi paling banyak diturunkan di platform media sosial: Fahmi

June 12, 2025 · Isu semasa

Kandungan berkaitan aktiviti perjudian paling banyak diminta diturunkan di platform media sosial Facebook, TikTok dan YouTube, kata Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tiga platform media sosial utama itu bersetuju menurunkan sebanyak 159,518 kandungan berkaitan aktiviti perjudian, penipuan dalam talian, buli siber serta penyebaran berita palsu setakat semalam.

“Daripada jumlah yang saya nyatakan tadi, kira-kira 160,000 kandungan telah berjaya diturunkan, dengan 51 peratus daripadanya melibatkan aktiviti perjudian dalam talian, 25 peratus berkaitan penipuan dalam talian, 12 peratus membabitkan buli siber dan sembilan peratus lagi penyebaran berita palsu.

“Daripada jumlah tersebut, 57 peratus melibatkan platform Facebook, 28 peratus di TikTok dan 13 peratus di YouTube. Selebihnya melibatkan platform lain dalam jumlah yang lebih kecil, namun ketiga-tiga platform ini mewakili hampir 95 peratus daripada keseluruhan masalah yang kita kenal pasti dalam media sosial,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi (KK) di Menara Komunikasi.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 174,473 kandungan dalam talian yang dimohon untuk diturunkan sepanjang tahun ini.

Fahmi berkata walaupun tindakan menurunkan kandungan seumpama itu telah dilaksanakan, masih terdapat kebimbangan terhadap kewujudan kandungan eksploitasi kanak-kanak dalam talian, khususnya di Facebook.

“Maka saya tertanya-tanya, adakah undang-undang dan tahap kerjasama sedia ada sudah mencukupi atau kita perlu pendekatan yang lebih strategik dan efisien untuk menangani isu ini.

“Kita sedia maklum bahawa pada penghujung tahun lalu, operasi Op Pedo Bersepadu telah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan pelesenan platform media sosial oleh kerajaan awal tahun ini, Fahmi berkata langkah tersebut bertujuan memastikan platform berkenaan lebih selamat digunakan, terutamanya oleh golongan kanak-kanak.

Katanya usaha kerajaan tidak terhenti di situ apabila Parlimen turut meluluskan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 pada Disember lepas, yang bakal dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

“Untuk makluman semua, satu akta baharu iaitu OnSA telah diluluskan di Parlimen, diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan kini sedang dalam proses untuk dikuatkuasakan,” katanya.

OnSA memberi kuasa kepada MCMC untuk mengenakan tindakan ke atas platform media sosial yang ingkar terhadap tanggungjawab mereka.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
20 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
July 25, 2026· Politik
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
July 24, 2026 · Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manivanan yakin gelombang sokongan kepada PH di Jeram Padang meningkat
July 27, 2026
[VIDEO] PH komited perkasa kebajikan rakyat Jeram Padang
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok