Kandungan palsu dan scam paling banyak diturunkan MCMC sejak Januari

May 13, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan 10,493 kandungan palsu dan 30,427 kandungan berbentuk penipuan atau scam yang tersebar di platform dalam talian dari Januari hingga 15 April lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata statistik itu membuktikan bahawa masyarakat tidak boleh lagi sekadar membaca dan menerima apa-apa sahaja tanpa melakukan semakan dan mengenal pasti kandungan terlebih dahulu.

“Hari ini, kebanyakan kita mendapatkan maklumat secara terus daripada Internet, ia bukanlah satu kesalahan kerana sesuai dengan perkembangan teknologi dan kita beradaptasi dengan kemajuan.

“Namun begitu, menerima dan membaca sesuatu maklumat daripada Internet memerlukan masyarakat hari ini juga untuk lebih celik digital. Ini bermaksud, tidak semua maklumat yang diterima melalui perkembangan teknologi hari ini boleh diterima begitu sahaja,” katanya ketika berucap pada Program Jom Baca Bersama Peringkat Kementerian Komunikasi 2025.

Untuk memastikan penyebaran informasi yang tepat, Teo berkata Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan Internet yang selamat kepada anak-anak dengan pelaksanaan Kempen Internet Selamat tahun ini.

“MCMC sedang mempertingkatkan pelaksanaan Kempen Internet Selamat ke sekolah rendah dan menengah, serta semua universiti awam di seluruh negara menjelang akhir tahun.

“Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai risiko dan cabaran di ruang digital,” katanya menambah, kempen tersebut telah dilaksanakan di sembilan sekolah setakat 1 Mei lepas.

Mengenai Program Jom Baca, beliau berkata membaca bukan sekadar untuk mengisi masa lapang tetapi juga mengasah akal, membentuk empati, serta melatih daya fikir yang kritis kerana masyarakat yang rajin membaca akan melahirkan rakyat yang celik ilmu, isu, dan nilai.

“Dalam konteks negara kita yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya, membaca harus menjadi teras kepada pembinaan negara kita. Membaca tentang budaya, adat resam dan kepercayaan kaum lain membolehkan kita memahami erti perbezaan dan saling menghormati.

“Melalui membaca juga kita boleh membentuk identiti nasional yang tinggi dan saling menghormati antara kaum,” katanya.

Beliau turut memuji Perpustakaan Digital BERNAMA yang aktif dalam menggerakkan budaya membaca melalui aktiviti Galakan Penggunaan Perpustakaan, antaranya seperti pinjaman buku fizikal serta elektronik.

“Saya ingin menyeru untuk kita suburkan minda dengan membaca kerana melalui membaca kita boleh membentuk pemikiran kritis dan rasional serta dapat melahirkan rakyat berpengetahuan dan inovatif.

“Dengan membaca masyarakat tidak akan mudah tertipu dengan apa-apa sahaja kandungan negatif yang tersebar di ruangan maya,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
12 jam lalu· Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
July 28, 2026· Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
July 27, 2026· Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
10 jam lalu · Isu semasa
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
11 jam lalu · Isu semasa
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
13 jam lalu · Isu semasa
TH sudah laksana 75 peratus syor RCI, komited perkukuh tadbir urus
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
21 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok