Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.
Masalah kesihatan yang dihadapi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah,Bung Moktar Radin, disahkan hanya jangkitan biasa dan selesema, tidak menjejaskan momentum kempen parti yang sedang rancak berlangsung.
Menurut Ketua Penerangan UMNO Sabah, uhaimi Nasir, beliau dan seluruh jentera BN Sabah mendoakan agar Bung Moktar, yang juga calon DUN Lamag, cepat pulih.
“Keadaan itu tidak memberi kesan kepada aktiviti kempen yang sedang berjalan. Saya dan seluruh jentera BN Negeri Sabah mendoakan agar Datuk Seri kembali pulih dalam sehari dua ini dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan calon BN,” jelas Suhaimi ketika ditemui pada Program Santai Calon BN di DUN Sungai Manila.
Mengulas tentang perkembangan kempen, Suhaimi yakin gelombang biru BN semakin menguasai semua lapisan masyarakat.
“Saya lihat dalam laman media sosial, gelombang biru semakin kelihatan, begitu juga dengan media cetak dan elektronik, kita nampak gelombang biru lebih mendominasi,” katanya.
Namun, beliau mengingatkan semua jentera parti agar tidak berpuas hati dan terus melipat gandakan usaha sepanjang minggu terakhir kempen ini.
“Kita sudah memasuki minggu terakhir berkempen, jadi usaha perlu dipertingkat. Kita tiada masa untuk berehat,” tegas calon BN bagi Sungai Sibuga itu.
Turut membakar semangat kempen BN ialah kehadiran legenda rock, Amy Search.
Menurut Suhaimi, Amy secara sukarela menawarkan diri untuk menyertai jelajah kempen BN.
“Apabila kita membawa Amy, kita lihat sambutan pengundi-pengundi muda sangat memberangsangkan,” ujarnya.
Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlangsung pada 29 November ini.
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum