Kemelut adat Negeri Sembilan: Empat Undang tarik balik semakan kehakiman

October 7, 2026 · Politik

Empat Undang di Negeri Sembilan menarik balik permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mandamus terhadap Menteri Besar supaya menandatangani dokumen Proklamasi Penurunan Takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar, Ismail Lasim, menandatangani proklamasi berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Peguam yang mewakili Undang Yang Empat, Emirul Sarifudin Nor Azmi, berkata permohonan tersebut tidak lagi mempunyai keperluan untuk diteruskan selepas tuntutan utama mereka dipenuhi.

“Maka permohonan mandamus sudah tiada keperluan dan menjadi akademik kerana tuntutan telah dipenuhi.

“Proklamasi penurunan takhta itu juga telah sempurna dan diiktiraf oleh kerajaan negeri melalui keputusan kolektif Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 15 September lalu,” katanya.

Prosiding permohonan itu sebelum ini dijadualkan didengar di hadapan Hakim Norliza Othman di Mahkamah Tinggi Bahagian Kuasa-Kuasa Khas I di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, Undang Yang Empat memfailkan permohonan perintah mandamus supaya Menteri Besar diarahkan menandatangani dokumen pengisytiharan berkenaan menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh perintah mahkamah.

Mereka turut memohon deklarasi mahkamah bagi mengesahkan dokumen pengisytiharan itu sah mengikut Perkara 10(1)(b) dan 10(2) UUTKNS 1959.

Empat Undang berkenaan ialah Undang Luak Sungei Ujong, Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin.

Namun, kemelut adat dan kedudukan Undang turut menjadi pertikaian apabila Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mendakwa Mubarak, Maarof dan Abdul Rahim tidak lagi menyandang jawatan masing-masing.

Dalam perkembangan sama, Emirul Sarifudin berkata pemakluman rasmi berhubung perkara itu turut dibuat kerajaan negeri melalui surat Menteri Besar kepada Majlis Raja-Raja pada 21 September lalu.

Penarikan permohonan mahkamah itu berlaku ketika isu berkaitan adat dan institusi Undang Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan pertikaian mengenai proses penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Lantik MB baharu jika kemelut Negeri Sembilan berlarutan: Peguam
October 21, 2026· Politik
Kemelut Negeri Sembilan: Zahid minta ADUN BN tidak campur urusan diraja
October 19, 2026· Politik
“Saya Okey”, Ismail enggan ulas teguran Tuanku Muhriz
October 18, 2026· Politik
MCMC siasat individu buat hantaran hina institusi diraja N9
October 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
6 jam lalu · Politik
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
21 jam lalu · Politik
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
21 jam lalu · Politik
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
21 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok