Kemelut politik N9: 24 ADUN BN-PN mesyuarat tanpa kehadiran MB, bakal dipecat?

November 20, 2026 · Politik

Seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mencapai kata sepakat untuk mematuhi sebarang arahan pucuk pimpinan parti bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu.

Kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan khas yang berlangsung lebih dua jam bermula pukul 9 malam di Wisma UMNO Negeri Sembilan, malam tadi.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hasan berkata, semua ADUN yang terlibat bersetuju untuk akur kepada sebarang keputusan dan ketetapan pimpinan parti, termasuk wakil rakyat daripada PN.

Menurutnya, kesepakatan itu penting bagi memastikan kemelut politik negeri dapat diselesaikan segera tanpa menjejaskan kestabilan pentadbiran serta kepentingan rakyat.

“Dalam perjumpaan khas ini, kesemua ADUN telah mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti termasuk ADUN daripada Perikatan Nasional.

“Ini bagi memastikan segala kemelut politik yang sedang melanda dapat diselesaikan segera demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang juga ADUN Juasseh tidak hadir dalam pertemuan berkenaan.

Dua lagi ADUN, iaitu Razali Abu Samah (Sikamat) dan Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) turut tidak menghadiri perjumpaan itu kerana berada di luar negara.

Mohamad berkata, kedua-dua ADUN berkenaan sudah menyatakan sokongan penuh terhadap apa jua keputusan yang dicapai dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan itu dipercayai diadakan susulan kemelut politik Negeri Sembilan yang mencetuskan persoalan mengenai kedudukan Menteri Besar, selepas timbul perkembangan berkaitan sokongan dalam kalangan ADUN.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memperkenankan Ismail untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

Kesepakatan ADUN BN-PN itu dilihat sebagai usaha meredakan ketegangan politik serta memberi ruang kepada pimpinan parti mencari penyelesaian bagi memastikan pentadbiran negeri terus berjalan lancar.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
1 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
1 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
1 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
1 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
9 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok