Kerajaan fokus ringankan hidup rakyat, permudah aktiviti perniagaan: Fahmi

January 11, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Madani terus memberi fokus utama untuk menangani isu kos sara hidup dan memudahkan urusan perniagaan, selari dengan keperluan rakyat dan hala tuju ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, keutamaan itu dibincangkan secara mendalam sepanjang Program Permukiman Kerajaan Madani 2026, dengan hasil usaha kerajaan sepanjang 38 bulan lalu mula menunjukkan impak yang positif.

“Keutamaan adalah memastikan bukan sahaja ekonomi negara berada di landasan yang betul, tetapi isu yang dekat dengan rakyat seperti kos sara hidup dan kemudahan menjalankan perniagaan benar-benar diberi perhatian,” katanya pada sidang media selepas program hari ini.

Menurut Fahmi, kestabilan politik yang dinikmati sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI telah membantu memacu keyakinan pelabur dan memperkukuh prestasi ekonomi negara.

“Hasil daripada kestabilan itu, kita lihat ringgit berada pada kedudukan yang sangat kuat, pelaburan meningkat dan kadar pengangguran berada pada paras paling rendah dalam tempoh 14 tahun,” ujarnya.

Program sehari itu dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof, selain barisan menteri Kabinet.

Turut hadir Premier Sarawak Abang Johari Openg serta Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Perpaduan, kecuali Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pelbagai indikator ekonomi yang dibentangkan dalam permukiman tersebut mengesahkan bahawa negara kini berada pada hala tuju yang tepat.

“Kita juga tekankan keperluan memastikan hasil dasar yang mengukuhkan ekonomi ini akhirnya sampai kepada rakyat dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya hasil perbincangan permukiman itu diterjemahkan kepada siri program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Bentuk program belum boleh diumumkan kerana perlu penelitian dan kelulusan Jemaah Menteri, tetapi hala tuju kerajaan untuk tempoh kurang dua tahun berbaki ini sangat jelas dan berfokus kepada hasil untuk rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
11 jam lalu· Politik
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026· Isu semasa
Anwar masih pilihan terbaik jadi PM, pembangkang berpecah teruk: Abdullah Sani
June 11, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok