Kerajaan tanggung implikasi dana besar jika tol dimansuhkan: Menteri Kerja Raya

July 29, 2025 · Isu semasa

Dana yang besar diperlukan kerajaan sekiranya mahu memansuhkan bayaran tol di seluruh negara, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi mengakui langkah memansuhkan tol bukan mudah dan ia akan menyebabkan kerajaan perlu mencari peruntukan dana yang cukup besar, antaranya bagi penyelenggaraan sendiri lebuh raya yang mana ia dianggar mencecah berbilion ringgit.

“Kita punya pandangan bukan mudah nak mansuhkan tol… kalau mansuh, kerajaan mesti cari dana besar untuk buat kerja penyelenggaraan sebenarnya, jadi untuk tujuan ini perlu dana besar berbilion ringgit.

“Kalau begitu (guna dana besar untuk penyelenggaraan sendiri lebuh raya) kita boleh bayangkan dana kerajaan itu mungkin boleh guna untuk tujuan lain, sebagai contoh di Terengganu, Sarawak dan Sabah,” katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai janji pilihan raya dibuat pihak pembangkang sebelum ini untuk menghapuskan tol sekiranya berjaya menjadi kerajaan, selain implikasi jika ia dilaksanakan.

Alexander bagaimanapun berkata langkah menurunkan kadar tol yang dikenakan mungkin lebih realistik, namun ia tertakluk kepada kedudukan syarikat konsesi lebuh raya terutama selepas mereka sudah mencapai tahap keuntungan atau ROI (pulangan pelaburan).

“Kita tak perlu mansuhkan, cuma kalau tempoh syarikat konsesi ini sudah mencapai keuntungan atau ROI, bolehlah pada masa itu kadar tol yang dikatakan membebankan sekarang ini diturunkan… itu lebih relialistik,” katanya,

Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan Sh Mohmed Puzi Sh Ali (PN-Pekan), beliau berkata kerajaan menanggung kos pampasan RM568.92 juta atau lebih setengah bilion kepada syarikat konsesi yang mengendalikan 10 lebuh raya berikutan keputusan kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya pada tahun ini.

Bagaimanapun, katanya langkah penangguhan kenaikan kadar tol itu memberi manfaat kepada kira-kira 941,000 pengguna di lebuh raya berkenaan.

“Jumlah pampasan sebenar yang perlu (kerajaan kepada syarikat konsesi akibat pengangguhan ini) adalah berdasarkan jumlah trafik sebenar. Ini (jumlah RM568.92 juta) adalah (anggaran) purata kita (mengambil kira) dapatan masa lalu, tapi jumlah akhir tertakluk juruaudit operasi pihak kerajaan dan konsesi,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, antara lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Mengenai soalan asal Mohmed Puzi, Alexander berkata, pengguna lebuh raya yang menggunakan 10 lebuh raya terbabit akan merasai impak signifikan kerana pada masa ini, terdapat jurang besar antara kadar tol dikenakan kepada pengguna berbanding kadar tol ditetapkan di dalam perjanjian konsesi.

Katanya, kuantum kadar kenaikan bagi kenderaan kelas satu berdasarkan perjanjian konsesi bagi 10 lebuh raya yang terbabit adalah di antara RM0.50 hingga RM4.56 atau sebanyak 79 peratus hingga 83 peratus.

“Sebagai contoh pengguna kenderaan kelas satu yang melalui Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX yang berulang alik ke tempat kerja akan menikmati penjimatan sebanyak RM6.80 bagi perjalanan pergi dan balik kerja.

“Sekiranya jumlah penjimatan ini didarabkan selama 20 hari iaitu penggunaan bagi tempoh sebulan atau 240 hari (setahun), penjimatan yang dinikmati oleh pengguna adalah sebanyak RM136 sebulan atau RM1,632 setahun,” katanya.

Berita berkaitan
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
August 16, 2026· Politik
Loke enggan layan spekulasi, tunggu Ahad selepas persidangan DAP
August 13, 2026· Politik
Lesen judi: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan kerajaan Kedah
August 12, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok