RMK13 : Kerajaan Johor hargai komitmen kerajaan pusat, terima RM4.86 bilion

November 19, 2026 · Politik

Kerajaan Negeri Johor menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan RM4.86 bilion menerusi Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tahun 2027.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu akan membantu mempercepatkan pelaksanaan agenda pembangunan negeri, termasuk menaik taraf infrastruktur, kemudahan kesihatan dan menangani isu hakisan pantai.

Menurutnya, keseluruhan peruntukan itu melibatkan 609 projek merangkumi 94 projek baharu dan 515 projek sambungan di seluruh Johor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyokong pembangunan Johor.

“Peruntukan ini membantu menjayakan aspirasi pembangunan Johor dengan lebih besar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

Antara projek utama yang mendapat perhatian ialah kerja menaik taraf Laluan FT003 Jalan Kota Tinggi-Mersing, selain projek kawalan hakisan pantai di Mukim Rimba Terjun, Pontian dan Pantai Seri Menanti, Muar.

Johor turut menerima peruntukan bagi kerja awal Program Residensi Rakyat (PRR) Batu Pahat serta reka bentuk pembinaan jalan pintas menghubungkan Bakri (FT024) ke Bukit Pasir (J32) di Muar.

Selain itu, projek pemuliharaan muara Sungai Sedili Besar di Kota Tinggi dan Sungai Sekakap di Mersing turut disenaraikan untuk pelaksanaan.

Bagi memperbaiki jaringan pengangkutan, beberapa projek turut membabitkan pembinaan median, pusingan U dan kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang serta naik taraf Jalan Yong Peng dari Persimpangan Tol Yong Peng Utara ke Persimpangan Parit Yaani.

Di kawasan Johor Bahru dan Iskandar Puteri pula, projek yang dirancang termasuk menaik taraf 21 lif di Hospital Sultan Ismail, pembinaan Jambatan Kedua Permas Jaya serta persimpangan bertingkat di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL).

Turut disenaraikan ialah pembinaan persimpangan bertingkat baharu di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura pada Kilometer 18 dan penambahbaikan rangkaian jalan Gelang Patah menuju Stadium Sultan Ibrahim.

Peruntukan pembangunan menerusi RMK13 itu dilihat penting bagi memastikan Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara negeri peneraju pertumbuhan ekonomi negara, khususnya dengan perkembangan pesat kawasan Iskandar Malaysia dan pelaburan baharu di negeri berkenaan.

Terdahulu, Onn Hafiz membentangkan Belanjawan Johor 2027 berjumlah RM3.06 bilion dengan unjuran lebihan sebanyak RM2.33 juta.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
7 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
8 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
November 21, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
8 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
8 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
15 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026 · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok