Kerjasama semua pihak penting ketika berdepan krisis harga minyak: PMX

March 20, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya bersabar dan bekerjasama dalam menghadapi lonjakan harga bahan api yang melanda dunia ketika ini, susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Perdana Menteri berkata, keadaan semasa bukan berpunca daripada kelemahan kerajaan, sebaliknya merupakan kesan langsung ketidaktentuan geopolitik antarabangsa yang turut menjejaskan bekalan tenaga di seluruh dunia.

“Bukan salah kita. Ini masalah perang dunia. Masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang… patut semua pakat cari penyelesaian,” katanya ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, hari ini.

Menurutnya, situasi ekonomi global kini berada dalam keadaan mencabar dan menuntut semua pihak, termasuk pembangkang, untuk memainkan peranan secara konstruktif.

“Satu dunia gawat sekarang… yang paling penting, sabar dan faham masalah ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan kepentingan mengekalkan keharmonian kaum dalam negara, khususnya ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi dan ketidaktentuan keselamatan global.

Beliau memberi amaran sebarang konflik dalaman boleh menjejaskan kestabilan negara serta memberi kesan besar kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Kita kena tahu negara kita ini aman. Bila ada gaduh-gaduh sikit pun, kena cepat cari jalan penyelesaian. Kalau mula bergaduh sahaja, hancur negara, ekonomi habis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kerajaan telah mengarahkan pihak berkuasa termasuk polis untuk bertindak segera terhadap sebarang insiden yang berpotensi mencetuskan ketegangan.

“Kalau nak kena tangkap, jangan tolak ansur sehingga keadaan tak terkawal,” tegasnya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama perlu terus mengamalkan sikap toleransi serta saling menghormati bagi memastikan keamanan berkekalan.

“Mana-mana negara yang ada pelbagai kaum dan agama boleh aman seperti ini. Tak puas hati itu biasa, tapi runding dengan baik. Jangan sampai negara jadi kacau,” katanya.

Untuk rekod, kenaikan harga bahan api global sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan konflik berpanjangan di Asia Barat yang mengganggu rantaian bekalan tenaga dunia, sekali gus memberi tekanan kepada banyak negara termasuk Malaysia.

Berita berkaitan
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
13 jam lalu· Isu semasa
Pergerakan pasaran bursa dijangka kekal berhati-hati minggu depan
13 jam lalu· Isu semasa
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
13 jam lalu· Politik
Harga barang kekal stabil selagi bekalan cukup: Mohamad Sabu
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
13 jam lalu · Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
21 jam lalu · Politik
PKR tak lindung pihak salah guna kuasa: Fahmi
April 3, 2026 · Politik
PKR Bukit Bintang bidas Rafizi supaya muhasabah diri, henti serang parti
April 3, 2026 · Politik
PN tangguh umum Ketua Pembangkang baharu: Hadi
April 3, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok