Kes bunuh graduan UPSI: Anggota polis mengaku tak bersalah

June 12, 2025 · Isu semasa

Seorang anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan menyayat hati seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat pengakuan tak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Graduan UPSI, Nur Farah Kartini Abdullah sebelum ini ditemui dibunuh di ladang kelapa sawit di Hulu Bernam pada tahun lalu,

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 27, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian wanita berusia 25 tahun itu di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam, antara jam 9 pagi, 10 Julai hingga 6 petang, 15 Julai 2024.

Hakim Julia Ibrahim kemudian menetapkan 15 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Muhammad Alif yang berpakaian baju T tiba di mahkamah dengan dikawal anggota polis dan diwakili peguam, Nur Aida Md Zainuddin serta Aida Jaafar.

Pada 26 Julai 2024, Muhammad Alif didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan membunuh pelajar UPSI itu dan pada 28 Mei, mahkamah berkenaan memutuskan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 sebelum mayatnya dijumpai lima hari kemudian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, kira-kira 6 petang.

Berita berkaitan
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
12 jam lalu· Isu semasa
Nasib Zizie Izette dalam kes rasuah RM2.8 juta diputuskan esok
July 19, 2026· Isu semasa
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok