Kes rasuah beli hotel: Permohonan rayuan pembebasan Isa Samad didengar 29 Okt

July 25, 2025 · Isu semasa

Permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta akan didengar pada 29 Oktober.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar hujahan pihak pendakwaan dalam rayuan yang dikemukakan berhubung kes melibatkan Isa dalam kes pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Tarikh rayuan akhir itu ditetapkan selepas sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof yang dijalankan menerusi Zoom hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi media berkata, pihak-pihak diarahkan memfailkan hujahan bertulis dalam tempoh dua minggu sebelum pendengaran rayuan.

Sementara itu, peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Mohd. Isa berkata, mahkamah mengarahkan pihak-pihak terlibat memfailkan hujahan sebelum atau pada 14 Oktober manakala tarikh pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 15 Oktober.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac tahun lalu dan petisyen rayuan pada 26 Jun lalu dengan mengemukakan 24 alasan mengapa Mahkamah Rayuan terkhilaf ketika membebaskan Mohd Isa.

Pendakwaan merayu agar Mahkamah Persekutuan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang mendapati Mohd. Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta dan penjara 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.

Petisyen itu antara lain menyatakan, Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang apabila membatalkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa Mohd. Isa mengarahkan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md. Arip untuk meminta rasuah daripada seorang Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel.

Pihak pendakwaan menyatakan, mereka telah mengemukakan bukti bahawa selepas dua pertemuan, Mohd Isa secara tidak langsung mengarahkan Muhammad Zahid untuk meminta rasuah daripada Ikhwan.

Pada 6 Mac tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membatalkan sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021, selepas membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
8 jam lalu· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
15 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok