Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB

August 12, 2026 · Politik

Bekas Perdana Menteri Najib Razak membantah kira-kira 80 peratus daripada pernyataan saksi setebal 168 muka surat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrol Azral Ibrahim Halmi, atas alasan kandungannya bersifat keterangan dengar cakap atau ‘hearsay.

Bantahan itu dikemukakan dalam saman sivil AS$5.64 bilion yang difailkan 1MDB dan beberapa anak syarikatnya terhadap Najib serta enam individu lain.

Peguam 1MDB, Lee Shih, memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mohamad Redzuan Idrus, ketika prosiding di mahkamah hari ini.

“Yang Arif, pagi ini pihak-pihak telah diserahkan dengan bantahan berhubung pernyataan saksi Shahrol Azral dengan 80 peratus daripada kandungannya dibantah atas alasan ‘hearsay’.

“Sehubungan dengan itu, kami memerlukan masa untuk menelitinya. Shahrol Azral bersedia untuk memberikan keterangan bermula esok,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan perbicaraan diteruskan esok dengan Shahrol dijangka mula memberikan keterangan.

Dalam prosiding hari ini, saksi plaintif ketiga, pakar pemulihan aset luar pesisir Angela Barkhouse, turut dilepaskan daripada kandang saksi selepas selesai memberikan keterangan yang bermula Isnin lalu.

Saman sivil berkenaan difailkan pada 7 Mei 2021 oleh 1MDB bersama 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited.

Selain Najib, defendan lain terdiri daripada bekas Pengarah Kewangan 1MDB Terrence Geh Choh Heng, bekas Pengarah Eksekutif Casey Tang Keng Chee, bekas Ketua Pegawai Pelaburan Vincent Beng Huat Koh, bekas Ketua Pegawai Operasi Radhi Mohamad, bekas Pengarah Pelaburan Kelvin Tan Kay Jim serta bekas Ketua Pegawai Pelaburan Nik Faisal Ariff Kamil.

Dalam writ saman, plaintif mendakwa defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan berkanun, menyalahgunakan kuasa serta berpakat untuk menyalahgunakan dana 1MDB.

Kes sivil itu menjadi antara prosiding utama berkaitan dakwaan salah laku dan kehilangan dana syarikat pelaburan milik kerajaan berkenaan, dengan mahkamah kini mendengar keterangan saksi serta hujahan pihak-pihak terbabit.

Berita berkaitan
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
6 jam lalu· Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu· Politik
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
September 11, 2026· Isu semasa
Keputusan pengampunan Najib ditangguh ke mesyuarat akan datang
September 11, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Loke cadang segera panggil mesyuarat Presiden PH bincang kedudukan BN
September 14, 2026 · Politik
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
6 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok