Keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan konsistensi dasar kerajaan: Tengku Zafrul

November 18, 2025 · Isu semasa

Keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik serta konsistensi dasar kerajaan terus mengukuhkan momentum ekonomi Malaysia dengan kemasukan pelaburan berkualiti yang berterusan, berbeza dengan trend global yang menyaksikan pengurangan aliran modal.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata prestasi itu terbukti menerusi pelaburan diluluskan bernilai RM285.2 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan 13.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beliau menyifatkan angka itu sebagai bukti jelas strategi reformasi ekonomi negara membuahkan hasil.

“Ini adalah bukti jelas strategi reformasi ekonomi Malaysia membuahkan hasil. Walaupun aliran modal global mengecil di tempat lain, Malaysia terus menarik pelaburan berkualiti pada skala ini,” katanya ketika berucap di sidang khas ‘Building Regional Strength through Smarter Fiscal and Trade Policies’ anjuran FT Live hari ini.

Tengku Zafrul menegaskan, kejayaan Malaysia bukan hanya berpunca daripada peluang pasaran, malah hasil pendekatan disiplin fiskal dan reformasi struktur kerajaan.

Beliau turut menekankan konsistensi Malaysia dalam dasar perdagangan melalui mekanisme seperti Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat.

“ART tidak dianggap sebagai konsesi, sebaliknya berfungsi sebagai alat strategik untuk mengekalkan akses pasaran yang stabil serta memastikan perdagangan eksport negara, yang hampir mencapai RM200 bilion pada 2024, berjalan dengan lebih terjamin,” ujarnya.

Prestasi memberangsangkan itu disokong pula oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, kadar pertumbuhan terpantas dalam tempoh setahun.

Tengku Zafrul turut menyeru pelabur dan rakan dagang antarabangsa untuk terus menyertai pembangunan ekonomi ASEAN, dengan Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai, stabil dan terbuka.

Beliau menegaskan, masa depan ASEAN ditentukan oleh disiplin, kerjasama dan pelaburan jangka panjang, dengan pendekatan neutral dan terbuka yang menjadikannya platform dagangan dan pelaburan yang amat menarik.

Berita berkaitan
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
November 24, 2026· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
1 jam lalu · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
1 jam lalu · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok