Khairy bakal kembali bersama UMNO atas jemputan Presiden?

October 30, 2025 · Politik

Tular desas-desus mengenai kemungkinan kembalinya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyertai UMNO tidak lama lagi, berikutan jemputan secara langsung daripada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik sumber, Zahid sendiri telah memaklumkan kepada Khairy supaya menghantar borang keahlian untuk menyertai semula parti itu.

Jemputan tersebut dipercayai berlaku ketika kedua-duanya hadir pada majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, baru-baru ini.

“Pada pertemuan itu Zahid sendiri memaklumkan supaya Khairy menghantar borang keahliannya untuk kembali menjadi ahli UMNO,” petik laporan media.

Dijangkakan, jika kembali, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ akan segera dimobilisasi untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Ini memandangkan sebahagian calon yang bakal ditampilkan parti nanti adalah seusia dan rakan-rakan politiknya,” tambah sumber itu.

Tidak sekadar itu, khabar angin juga menyebut nama Khairy sudah dipertimbangkan untuk dicalonkan oleh BN pada Pilihan Raya Umum akan datang, kemungkinan di kerusi Parlimen Kepala Batas yang merupakan kubu kuat keluarga mentuanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, pihak UMNO mengesahkan mereka belum menerima sebarang surat permohonan rasmi daripada Khairy.

Khairy dipecat dari UMNO pada Januari 2023 akibat kritikan terbukanya terhadap kepimpinan parti, namun sejak itu beliau konsisten dengan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti lain.

Potensi kembalinya bekas Ahli Parlimen Rembau itu dilihat sebagai satu perkembangan signifikan memandangkan pengaruh dan popularitinya, terbukti dengan prestasi memberangsangkannya ketika tewas bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU lepas.

Berita berkaitan
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026· Isu semasa
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
7 jam lalu· Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026· Politik
Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung
March 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
21 jam lalu · Politik
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
23 jam lalu · Politik
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026 · Politik
Rafizi sebenarnya bersedia untuk dipecat, tak sangka PKR masih kekalkannya
March 8, 2026 · Politik
Perbicaraan kes Muhyiddin bermula esok
March 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok