Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab.
Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, secara rasmi meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan parti itu.
Langkah itu diambil susulan penamatan perkhidmatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Khaliq Mehtab merakamkan penghargaan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya dan menegaskan sepanjang tempoh perkhidmatannya telah melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan komitmen terhadap perjuangan parti.
Namun, beliau mengakui pemecatannya sebagai Ahli MPT adalah berikutan kedudukannya yang tidak menyokong sepenuhnya pendirian presiden dalam beberapa perkara.
“Saya menghormati keputusan tersebut, namun sebagai Ahli MPT yang dipilih untuk memperkukuh institusi parti, saya percaya hak untuk menyuarakan pandangan dan pendirian yang berbeza merupakan sebahagian daripada semangat demokrasi dalam parti yang kita cintai ini,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Khaliq Mehtab menyeru agar proses transisi kuasa dalam parti dilaksanakan dengan segera dan berhemah bagi mengukuhkan perpaduan serta hala tuju masa depan Bersatu.
Beliau menegaskan pandangannya itu dilahirkan atas dasar kasih dan tanggungjawab terhadap parti, bukannya niat untuk menentang kepimpinan.
Dalam kenyaataan yang sama, beliau turut menyampaikan harapan agar pelantikan masa depan ke MPT dibuat berdasarkan merit dan prinsip perjuangan.
“Akhir sekali, saya berharap agar pada masa akan datang, pelantikan ke Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dibuat berasaskan kebolehan, kredibiliti dan prinsip perjuangan, bukan sekadar untuk melahirkan barisan ‘Yes Man’,” tegasnya.
“Parti yang kuat terbina daripada kepelbagaian pandangan dan keberanian menyatakan kebenaran,” ujarnya.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri