Kos RM486,000 Dr Mahathir ke Jepun ditanggung kerajaan

June 12, 2025 · Politik

Kerajaan menanggung kos perbelanjaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun bagi menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 pada Mei lepas, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM486,000 bagi kos berkenaan selepas menerima permohonan daripada Dr Mahathir untuk menghadiri persidangan yang berlangsung di Tokyo itu.

“Ada peraturan membolehkan Perdana Menteri luluskan (perjalanan bekas perdana menteri yang lain) … beliau mohon, kalau Perdana Menteri luluskan, kerajaan akan bayar, termasuk untuk Tun Mahathir.

“Baru-baru ini beliau ingin ke persidangan Nikkei di Jepun, jadi beliau mohon dan saya luluskan walaupun saya ingat daripada sembilan orang, mungkin tujuh orang (yang menyertai delegasinya),” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti yang diadakan secara tertutup di Melaka.

Turut hadir, dua Naib Presiden, iaitu Amirudin Shari dan R. Ramanan, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek, Ketua Pemuda PKR Muhammad Kamil Abdul Munim dan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar berkata walaupun sering dikritik, bekas perdana menteri itu mempunyai hak untuk memohon peruntukan, bagaimanapun kelulusan tertakluk kepada pertimbangan Perdana Menteri.

“Jadi, (ada) orang tanya pasal apa bayar? Ada hak beliau (untuk) memohon, tetapi terserah kepada Perdana Menteri untuk meluluskan. Saya tidak mahu ada yang salah faham … saya juga tidak mahu ambil sikap negatif walaupun beliau hari-hari ‘serang’ kita, kita masih luluskan,” kata Anwar.

Pada 30 Mei, Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada Forum Antarabangsa Nikkei dan pada forum itu, beliau memberikan bayangan tentang penyertaan terakhirnya dalam persidangan yang membincangkan ekonomi, teknologi dan masa depan Asia itu.

Mengenai perkembangan lain, Anwar berkata beliau masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini, untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” kata beliau.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menghantar surat peletakan jawatan susulan kekalahan mereka pada pemilihan parti yang berlangsung bulan lepas. – Bernama

Lagi Politik terkini
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
16 jam lalu · Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
16 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
17 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
18 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok