Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program membabitkan penceramah bebas yang dikaitkan dengan dakwaan perbuatan tidak wajar terhadap murid dihentikan serta-merta.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan itu diambil bagi memberi ruang kepada siasatan menyeluruh dijalankan susulan dakwaan yang sedang tular di media sosial.
Menurutnya, KPM mengambil serius dakwaan berkenaan kerana ia membabitkan aspek keselamatan dan perlindungan murid yang perlu diberi keutamaan.
“Saya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular dalam media sosial melibatkan penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.
“Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fadhlina berkata, beliau turut mengarahkan KPM mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.
Pada masa sama, beliau menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan dakwaan itu supaya tampil membuat laporan kepada pihak polis.
“Laporan kepada pihak berkuasa sangat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya,” katanya.
Beliau menegaskan keselamatan murid perlu sentiasa menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi, terutama ketika mereka mengikuti program anjuran atau melibatkan pihak luar di sekolah.
“Keselamatan anak-anak di bawah jagaan kita tidak boleh dikompromi,” katanya.
Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan mengenai perlakuan tidak wajar membabitkan seorang penceramah bebas yang dilaporkan kerap mengendalikan program di sekolah dan berinteraksi dengan pelajar.
KPM kini mengambil langkah menghentikan sementara program membabitkan individu berkenaan sehingga maklumat lanjut dan siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa.
Beri ruang Tun M hadapi kehilangan isteri tercinta: Mukhriz
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
Video KLIA tular: Shuhaily tampil beri penjelasan
UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM
Dr Mahathir ziarah pusara isteri dalam suasana hiba
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum