Kritikan terbuka rafizi cetus ketegangan dalam parti: PKR Johor

April 3, 2026 · Politik

Tindakan berterusan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, menyuarakan pandangan secara terbuka kini mencetuskan perdebatan hangat yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian dalaman PKR.

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor berpandangan pendekatan tersebut, khususnya apabila melibatkan tuduhan serius, perlu ditangani dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan implikasi terhadap disiplin parti serta keyakinan anggota.

Menurut kenyataan bersama Pengerusi MPN PKR Johor, Dr. Zaliha Mustafa, dan Timbalan Pengerusi, Md Yusahrudin Kusni, pandangan yang bertujuan memperkukuh parti seharusnya disalurkan melalui saluran dalaman yang sesuai.

“Situasi semasa bukan lagi sekadar keberanian bersuara, sebaliknya berpotensi disalah tafsir sebagai tindakan yang boleh memberi kesan kurang baik terhadap kestabilan parti,” menurut kenyataan itu.

MPN Johor turut menegaskan pendekatan lebih berhemah amat diperlukan bagi memastikan isu dalaman tidak dimanipulasi oleh pihak luar yang berkepentingan.

Pada masa sama, mereka menyatakan bahawa kritikan terbuka oleh bekas pimpinan parti menimbulkan persoalan dalam kalangan akar umbi mengenai hala tuju serta keutamaan sebenar PKR ketika ini.

Untuk rekod, PKR sejak penubuhannya sering menekankan prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara dalam kalangan pemimpinnya.

Namun, dalam konteks politik semasa yang semakin mencabar, parti itu juga berdepan keperluan untuk mengekalkan kesatuan dalaman bagi memastikan kekuatan organisasi terus utuh.

Sehubungan itu, MPN Johor menegaskan komitmen mereka untuk mempertahankan kestabilan parti dan memastikan PKR terus bergerak ke hadapan secara tersusun.

“Kami menyeru agar sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej parti ditangani dengan bijaksana demi kepentingan bersama,” kata kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu· Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
12 jam lalu· Politik
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
14 jam lalu· Isu semasa
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
12 jam lalu · Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
13 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok