Kes tembakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras.
Dua orang maut selepas ditembak bertalu-talu dalam kejadian lewat malam tadi di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang berasal dari Sibu, Sarawak, dilaporkan baru keluar dari salah sebuah pusat hiburan di pusat beli-belah berkenaan.
Menurut laporan, suspek pembunuhan melepaskan beberapa das tembakan ke arah salah seorang mangsa di belakang sebuah kereta manakala seorang lagi mangsa ditembak ketika hendak masuk ke dalam kereta sama.
Berdasarkan rakaman video yang tular, suspek dilihat sangat kejam dan agresif sehingga berada sekurang-kurangnya selama 22 saat semasa kejadian melepaskan tembakan dipercayai untuk memastikan mangsa benar-benar mati.
Semua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna merah.
Rakaman ini dipercayai diperoleh dari kedai serbaneka di perkarangan pusat beli-belah berkenaan.
Satu lagi video dipercayai dirakam dari sebuah kenderaan memperlihatkan suspek terus melepaskan tembakan meskipun mangsa terbaring selepas mengalami kecederaan parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, turut berada di lokasi kejadian bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan pegawai siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, serta Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, dijangka mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Jumaat lalu, tiga individu ditembak dua suspek menaiki sebuah motosikal di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, Brickfields, di sini.
Salah seorang dari mereka mati di tempat kejadian manakala dua lagi lelaki masing-masing cedera parah dan cedera ringan.
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong