Langkah bijak kekalkan subsidi RON95, kerajaan berpeluang kekal PRU-16: Hassan

September 24, 2025 · Politik

Hassan Abdul Karim memuji keputusan kerajaan mengekalkan subsidi petrol RON95 untuk semua warganegara sebagai satu langkah ekonomi yang bijak.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, langkah ini bukan sahaja memberikan manfaat menyeluruh tetapi juga berpotensi menjadi asas kukuh untuk sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Hassan menjelaskan walaupun konsep falsafah ‘Madani’ mungkin sukar difahami sepenuhnya oleh rakyat biasa, pengumuman mengenai subsidi tersebut telah disambut baik kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian.

“Rakyat miskin dan kaya menyokong pengumuman kerajaan Madani bahawa subsidi petrol RON95 untuk semua warganegara.

“Dasar seperti ini popular kepada rakyat tanpa mengira kelas dan ras. Bukanlah satu kesalahan bagi kerajaan melaksanakan dasar yang popular,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menekankan pendekatan ini membawa manfaat berganda dan kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, manakala rakyat berpendapatan rendah dan sederhana pula mendapat ruang untuk meningkatkan lebihan pendapatan boleh guna.

“Kerajaan dapat berjimat; rakyat juga dapat berjimat. Sedikit sebanyak pendapatan boleh belanja rakyat bertambah,” ujarnya.

Malah, katanya, dasar ini turut disokong oleh golongan T20 memandangkan ia bersifat inklusif.

Langkah mengekalkan harga runcit RON95 pada RM2.05 seliter dilihat sebagai kestabilan yang diperlukan rakyat, terutamanya ketika berdepan tekanan inflasi.

Hassan yakin jika kerajaan konsisten melaksanakan lebih banyak dasar seumpama ini yang meringankan beban hidup rakyat, ia boleh menjadi kelebihan politik yang ketara.

“Jika ada banyak formula ekonomi seperti ini, di mana semua rakyat suka; kos sara hidup tidak menyeksa, kadar inflasi kalau naik pun berpada-pada; gaji rakyat naik tinggi selaras kenaikan produktiviti, maka ada peluang kerajaan Madani jadi kerajaan semula pada PRU-16 nanti,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
19 jam lalu· Politik
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
19 jam lalu· Isu semasa
Kenderaan rosak akibat RON95, Petron dan Caltex tawar pampasan: Armizan
November 5, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: Azman mahu anak muda Paya Rumput kerja dekat kampung sendiri
November 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
13 jam lalu · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
14 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
14 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
14 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok