Larangan kanak-kanak bawah 13 tahun miliki akaun media sosial akan diteliti: Fahmi

July 29, 2025 · Isu semasa

Kanak-kanak berusia bawah 13 tahun mungkin tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial selepas timbul cadangan untuk menyekat penggunaannya dikalangan pengguna bawah umur.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, modul literasi digital pula akan diberi kepada mereka yang berumur 13 tahun ke atas supaya golongan itu memahami fungsi dan cara penggunaan maklumat sedia ada.

“Sekiranya ahli Yang Berhormat bertemu dengan mana-mana kumpulan pelajar bawah 13 tahun dan bertanya adakah mereka mempunyai akaun TikTok, ramai yang akan kata ya.

“Ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok sendiri. Jadi kita sedang teliti, salah satu caranya ialah bawah 13 tahun, kita tidak membenarkan memiliki akaun media sosial,” katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkenaan cadangan mewujudkan dasar khas bagi kesejahteraan kanak-kanak khususnya melibatkan kandungan dalam talian.

Dalam pada itu Fahmi memaklumkan, sebanyak 1,443 kandungan jelik dan jelik melampau membabitkan kanak-kanak diturunkan penyedia perkhidmatan berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan ekoran pelanggaran peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta garis panduan komuniti penyedia platform.

“Sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, MCMC mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan kandungan memudaratkan seperti konten anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti ‘brain rot’ dapat dikawal dan dicegah.

“Antara langkah-langkah kawal selia yang telah dan sedang dilaksanakan adalah sesi libat urus berterusan dengan penyedia perkhidmatan platform seperti YouTube dan TikTok bagi memastikan sistem algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan kehendak peraturan tempatan.

“Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan yang berunsur negatif atau memudaratkan,” katanya.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
20 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
22 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
22 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
18 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
20 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok