Larangan terbang dron dan tembakan meriam semasa Hari Kebangsaan di Putrajaya

August 23, 2025 · Isu semasa

Orang ramai dilarang menerbangkan dron tanpa kebenaran pihak berkuasa semasa persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya dari 25 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar larangan tersebut di bawah Peraturan 143 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (MCAR) 2016 dan Seksyen 206(3) MCAR 2016.

“Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah kawasan larangan menerbangkan dron,” tegasnya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan tembakan meriam sempena sambutan tersebut.

Dua das tembakan akan dilepaskan pada 29 Ogos semasa raptai penuh, manakala 14 das akan dilepaskan pada hari sambutan utama, 31 Ogos.

Tembakan tersebut akan dijalankan di Lot 3C1, Presint 3 berhampiran Tapak Bazar Ramadan Putrajaya pada pukul 8 pagi.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi tembakan yang merupakan sebahagian daripada acara rasmi.

Aidi Sham juga menyarankan orang ramai merancang perjalanan awal dan menggunakan pengangkutan alternatif seperti bas ulang-alik dan water taxi yang disediakan penganjur bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos, manakala sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Pulau Pinang pada 16 September.

Berita berkaitan
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mohon tangguh bayar pampasan kes Pastor Koh: Laporan
January 22, 2026· Isu semasa
Kemalangan maut lori berat catat penurunan: Loke
January 22, 2026· Isu semasa
Langkah beku tender ATM dan PDRM diteruskan sehingga sistem diperkemas: PMX
January 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
4 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
24 jam lalu · Isu semasa
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok