Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat

August 22, 2026 · Isu semasa

Lebih 1,500 penduduk setempat menyertai Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Papar sempena Bulan Kebangsaan, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Program yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, itu turut menjadi platform mendekatkan agenda keselamatan digital dengan komuniti setempat, khususnya di kawasan luar bandar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, sehingga Julai lalu, Kempen Internet Selamat di Sabah sudah diperluas ke lebih 1,300 institusi pendidikan dan menjangkau lebih 148,300 individu.

Pendekatan “Masuk Kampung” digunakan bagi memastikan mesej berkaitan keselamatan dalam talian dapat disampaikan terus kepada masyarakat di bandar, luar bandar dan komuniti akar umbi.

Dalam perkembangan teknologi yang semakin pesat, keselamatan digital kini bukan sekadar isu pengguna internet, malah berkait rapat dengan kesejahteraan keluarga dan komuniti.

Masyarakat perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan internet bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dalam talian, penyalahgunaan maklumat peribadi serta pelbagai ancaman siber.

MCMC turut menekankan peranan ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan golongan muda dalam membentuk persekitaran digital yang lebih positif.

“Keselamatan dalam talian memerlukan penglibatan seluruh komuniti. Setiap individu mempunyai peranan untuk melindungi diri dan orang lain ketika menggunakan teknologi,” menurut MCMC.

Sempena Bulan Kebangsaan, kempen itu turut membawa mesej patriotisme dalam penggunaan teknologi dengan menggalakkan orang ramai menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi, menjaga etika komunikasi serta bersama-sama membendung penyebaran kandungan palsu.

Karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan Konvoi Kembara Jalur Gemilang bagi menyokong inisiatif “1 Rumah 1 Jalur Gemilang”, selain sesi perkongsian keselamatan internet, pameran agensi kerajaan, aktiviti komuniti dan Jualan RAHMAH MADANI.

MCMC berkata usaha pendidikan dan kesedaran keselamatan dalam talian akan terus diperluas bagi memastikan lebih ramai rakyat mempunyai pengetahuan serta kemahiran melindungi diri dalam persekitaran digital yang semakin kompleks.

Langkah itu penting bagi membentuk masyarakat celik digital, berdaya tahan serta mampu memanfaatkan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
14 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
14 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok