Loke sindir Onn Hafiz: Presiden UMNO setiap minggu duduk sebelah dalam mesyuarat

June 7, 2026 · Politik

Anthony Loke menyindir pemimpin UMNO yang terus menolak sebarang kerjasama politik dengan DAP walaupun parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Menerusi hantaran di Facebook, Setiausaha Agung DAP itu berkata terdapat pemimpin UMNO yang enggan “duduk semeja” dengan DAP, sedangkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri bersama pemimpin DAP setiap minggu.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP… hebat! Teruskan keangkuhan kamu. Tapi, presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya… harap maklum… terima kasih,” katanya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang sebelum ini menegaskan Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberikan mandat membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ketika melancarkan jentera PRN Johor ke-16 di Johor Bahru hari ini, Onn Hafiz berkata pendirian tersebut selari dengan keputusan 26 bahagian UMNO Johor serta parti-parti komponen BN negeri yang mahu bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut beliau, pendirian itu turut telah disampaikan kepada Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN.

Malah, Onn Hafiz menegaskan beliau sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Isu hubungan antara UMNO dan DAP terus menjadi perdebatan dalam kalangan ahli kedua-dua parti sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Walaupun UMNO dan DAP kini berada dalam gabungan kerajaan di peringkat Persekutuan bersama parti-parti lain, masih terdapat pemimpin dan akar umbi UMNO di beberapa negeri yang menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan DAP.

Kenyataan balas Loke itu dilihat mencerminkan ketegangan yang masih wujud antara sebahagian pemimpin UMNO dan DAP menjelang persiapan menghadapi PRN Johor, meskipun kedua-dua parti kini berkongsi pentas dalam pentadbiran kerajaan pusat.

Berita berkaitan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
12 jam lalu· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
14 jam lalu· Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
4 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
8 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
11 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
12 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok