Kerajaan memperkenalkan Madani Mart bagi menangani kos sara hidup rakyat.
Kerajaan merancang memperluaskan inisiatif Madani Mart ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berperingkat bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati barangan keperluan pada harga mampu milik.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, langkah itu selari dengan matlamat kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup yang semakin mencabar.
Menurut beliau, inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memberi impak besar kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Satu beg Madani Mart, tapi cerita dia besar. Harga lebih rahmah, barang lebih mudah capai. Bila tengok sendiri rakyat tersenyum pegang ini, itu yang buat semua usaha berbaloi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Semalam, Anwar merasmikan pembukaan cawangan pertama Madani Mart di Indera Mahkota 8, menandakan permulaan kepada pelaksanaan projek tersebut di seluruh negara.
Madani Mart beroperasi sebagai kedai komuniti dengan konsep “Kedai Runcit Harga Rahmah”, yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran.
Ia dilihat sebagai pendekatan baharu kerajaan dalam memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat secara lebih tersusun dan bersasar.
Inisiatif ini diterajui oleh Yayasan Madani dengan sasaran sekurang-kurangnya 640 cawangan akan dibuka di seluruh negara.
Matlamat utama adalah memastikan setiap DUN mempunyai sekurang-kurangnya satu Madani Mart bagi memudahkan akses kepada barangan asas.
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum