Malaysia sokong Kenyataan Tokyo 2025, Fahmi kongsi kejayaan polisi negara

May 30, 2025 · Isu semasa

Komitmen penuh diberikan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap Kenyataan Tokyo 2025 bagi menyediakan pembangunan teknologi yang sama rata dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata aspirasi itu memberi penekanan kepada usaha membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan bagi memajukan rantau Asia Pasifik yang saling terhubung, serta memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

“Saya telah nyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap Kenyataan Tokyo 2025 yang akan dilancarkan sempena Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity, khususnya dalam membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Asia Pasifik.

“Malaysia komited memastikan akses sejagat, kesaksamaan teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam ruang digital,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025 yang berlangsung di Tokyo bermula 30 hingga 31 Mei 2025.

Dalam pada itu, Fahmi juga berkongsi kejayaan negara dalam memastikan capaian internet terbaik diberikan kepada orang ramai dengan langkah-langkah yang diperkenalkan sebelum ini.

“Menerusi sesi bersama Menteri bertajuk ‘Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility’, saya tekankan usaha berterusan Kerajaan
MADANI dalam memperkukuh capaian dan keterangkuman teknologi di peringkat nasional.

“Melalui inisiatif seperti JENDELA, negara telah memperluas capaian internet berkelajuan tinggi ke lebih 9.03 juta premis dan meningkatkan liputan 5G ke lebih 82% kawasan berpenduduk.

“Ini menyumbang kepada kemajuan keterangkuman digital, dengan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai purata 105.36 Mbps dan liputan internet 98.66% pada suku keempat 2024,” ujarnya lagi.

Fahmi berkata Kerajaan MADANI juga akan berkongsi pendekatan menyeluruh dan proaktif Malaysia dalam membina persekitaran digital yang selamat dan boleh dipercayai.

Langkah itu merangkumi penekanan terhadap keperluan perundangan keselamatan siber yang kukuh, kempen keselamatan dalam talian, serta rangka kerja kawal selia bagi memastikan akauntabiliti penyedia platform dalam talian, katanya.

“Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk merangka dasar serta strategi bersama ke arah pembangunan digital yang inklusif, mampan dan selamat di rantau Asia Pasifik.

“Pada masa sama, ia menjadi pentas kerjasama pelbagai hala di rantau yang sedang pesat membangun dari segi teknologi, serta menyokong negara-negara membangun dalam aspek teknikal, kapasiti dan kawal selia ICT,” katanya.

APT merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1979 melalui kerjasama antara Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

Bertemakan “Harnessing Emerging Technologies for Sustainable, Inclusive and Equitable Digital Transformation in the Asia-Pacific”, APT-MM 2025 menghimpunkan 31 negara anggota serta 19 ahli gabungan terdiri daripada pihak kerajaan, pihak pengawal selia dan agensi swasta dari rantau Asia-Pasifik.

Berita berkaitan
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
June 26, 2026· Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
12 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026 · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok