MARC kekalkan penarafan AAA Malaysia, pertumbuhan ekonomi mengukuh

December 24, 2025 · Isu semasa

MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam Malaysia pada tahap tertinggi, AAA, dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi itu, sekali gus mencerminkan asas kredit negara yang kekal kukuh.

Dalam kenyataan hari ini, MARC Ratings berkata penarafan tersebut disokong oleh ekonomi Malaysia yang terbuka dan pelbagai, dasar monetari yang berkesan, sektor kewangan yang berdaya tahan serta kemajuan berterusan dalam pembaharuan struktur dan institusi.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2025 walaupun berdepan ketidaktentuan luaran, dan kekal mampan pada 2026,” menurut kenyataan itu.

Agensi penarafan berkenaan memaklumkan pelaburan asing yang kukuh, khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi, menjadi pemacu utama pertumbuhan, di samping penggunaan isi rumah yang stabil dan pasaran buruh yang sihat.

“Dasar monetari Malaysia terus menjadi kekuatan kredit teras, membantu mengekalkan kestabilan harga sambil menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya.

MARC Ratings turut menekankan kedudukan luaran negara yang kukuh dengan lebihan akaun semasa yang konsisten, rizab antarabangsa mencukupi serta pendedahan hutang awam dalam mata wang asing yang rendah.

“Ringgit mengukuh sekitar lapan peratus sehingga akhir November 2025, mencerminkan tekanan luaran yang terkawal,” ujarnya lagi.

Langkah pelonggaran dasar oleh Bank Negara Malaysia, termasuk penurunan Keperluan Rizab Berkanun dan Kadar Dasar Semalaman, dilihat membantu mengekalkan aliran kredit serta mengurangkan kos pembiayaan ketika persekitaran global tidak menentu.

Pada masa sama, MARC Ratings menyatakan komitmen kerajaan terhadap pengukuhan fiskal di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dijangka memperbaiki kedudukan hutang secara berperingkat, dengan defisit fiskal terus mengecil.

Namun, agensi itu mengingatkan kejayaan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bergantung kepada pelaksanaan dasar yang konsisten dan berkesan.

“Tinjauan stabil mencerminkan jangkaan bahawa Malaysia akan mengekalkan pertumbuhan yang baik serta terus memperkukuh kecekapan fiskal,” katanya, sambil menambah kegagalan mencapai sasaran fiskal boleh melemahkan profil kredit negara.

Berita berkaitan
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
November 24, 2026· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
November 24, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok