Masyarakat Cina mula kecewa dengan DAP, pandai janji manis saja: Choo Seong

February 19, 2026 · Politik

Sentimen masyarakat Cina terhadap MCA dilihat semakin berubah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), dengan tanda-tanda awal menunjukkan peningkatan penerimaan berbanding beberapa pilihan raya lalu.

Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong berkata, semakin ramai pengundi Cina meluahkan rasa kecewa terhadap pendekatan politik dan janji-janji yang dibawa oleh DAP sebelum ini.

“Ramai yang beritahu mereka sudah penat dengan gimik politik dan janji manis. Mereka mula persoal sama ada suara mereka benar-benar dibela,” katanya dalam program anjuran Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau mengakui perubahan sentimen itu tidak bermakna sokongan akan kembali secara automatik kepada MCA.

Menurutnya, parti itu perlu melakukan pembaharuan termasuk mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda.

“MCA perlu tampilkan lebih banyak muka baharu yang faham aspirasi generasi hari ini. Pada masa sama, kepimpinan sedia ada mesti membimbing dan menyokong mereka. Itu kunci untuk kita bangkit semula,” ujarnya.

MCA yang diasaskan pada 1949 merupakan antara parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) dan pernah menjadi suara dominan masyarakat Cina dalam kerajaan.

Namun, landskap politik berubah selepas PRU-14 apabila DAP mencatatkan kemenangan besar di kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina.

Mengulas kemungkinan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP dalam PRU-16, Choo Seong menegaskan pendirian MCA kekal konsisten seperti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti Disember lalu.

“Kita sudah jelaskan, jika perlu, MCA bersedia berdiri sendiri dan bertanding secara solo. Akar umbi mahu kita ada maruah dan prinsip,” katanya.

Beliau turut menegaskan MCA tidak melihat ruang untuk bekerjasama dengan DAP kerana mendakwa parti itu gagal mewakili kepentingan rakyat secara menyeluruh.

“Kita perlukan semak dan imbang. Politik bukan tentang cuba puaskan semua pihak sampai hilang arah. Kalau terlalu terdesak, akhirnya kedua-dua sisi terlepas,” katanya.

Menurutnya lagi, MCA perlu kekal fokus dan matang dalam percaturan politik serta membuktikan keupayaan melalui sokongan rakyat dan kemenangan kerusi pada PRU akan datang.

Lagi Politik terkini
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
6 jam lalu · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
9 jam lalu · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
9 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok