Mat Maslan mohon maaf, Anwar nasihat anggota kerajaan jaga disiplin dan adab

November 19, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua anggota pentadbiran kerajaan supaya sentiasa menjaga adab, disiplin dan tatakelakuan ketika menjalankan tugas, termasuk dalam hubungan sesama anggota Jemaah Menteri.

Beliau menegaskan mana-mana anggota kerajaan yang gagal mematuhi prinsip berkenaan wajar meletakkan jawatan atau dinasihatkan berbuat demikian bagi memastikan sistem pentadbiran negara terus dihormati.

Anwar berkata, perbezaan pandangan atau ketidakpuasan hati terhadap sesuatu keputusan kerajaan sepatutnya dibawa melalui saluran rasmi seperti mesyuarat Jemaah Menteri, bukannya dizahirkan dengan cara yang melanggar adab pentadbiran.

“Kalau selepas ini ada sesiapa yang melanggar kaedah ini, sewajarnya meletakkan jawatan atau dinasihatkan untuk meletakkan jawatan kerana sistem kita tidak boleh berjalan begitu.

“Kalau tidak setuju, boleh dibawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Hendak tukar keputusan, boleh bawa dalam forum yang tertentu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di Shenzhen, China, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mengesahkan menerima permohonan maaf Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berhubung penggunaan perkataan tidak sesuai dalam pantun ketika sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat pada 16 November lalu.

Menurutnya, Ahmad sudah mengutus surat rasmi bagi memohon maaf atas keterlanjuran tersebut dan beliau menerima baik tindakan serta kesungguhan yang ditunjukkan.

“Setelah itu, Ahmad Maslan telah menulis kepada saya memohon maaf atas keterlanjuran itu dan saya rasa kita terima baiklah, dengan mengingatkan jangan perkara ini berulang dan apa-apa teguran,” katanya.

Anwar turut menghargai teguran Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berhubung insiden berkenaan bagi memastikan adab dalam sistem pentadbiran kerajaan serta hubungan sesama anggota Jemaah Menteri terus dihormati.

Beliau pada masa sama mengakui suhu politik boleh meningkat, khususnya ketika musim pilihan raya negeri (PRN), sehingga menyebabkan seseorang terlanjur kata ketika berkempen.

Bagaimanapun, katanya, suasana politik sedemikian tidak seharusnya dibawa ke dalam urusan rasmi kerajaan kerana setiap anggota pentadbiran perlu menunjukkan disiplin dan tanggungjawab.

Sebelum ini, Ahmad mengemukakan surat permohonan maaf rasmi kepada Perdana Menteri bertarikh 17 November, dengan mengakui pemilihan kata dalam pantun yang dilafazkannya tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Insiden itu mencetuskan perhatian terhadap kepentingan menjaga batas komunikasi dan profesionalisme dalam kalangan pemimpin kerajaan, terutama ketika menjalankan urusan rasmi di Parlimen.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
November 22, 2026· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
8 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
21 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
21 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok