MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min

July 24, 2026 · Isu semasa

Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai seorang calon bagi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini iaitu Aminuddin Harun.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan tiada sebarang perbincangan atau calon lain selain penyandang Menteri Besar itu, sekali gus menolak dakwaan yang dibangkitkan pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya.

Anthony berkata spekulasi kononnya beliau akan dicalonkan sebagai Menteri Besar sekiranya Aminuddin tewas hanyalah tohmahan yang sengaja dimainkan bagi mengelirukan pengundi.

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita.

“Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, iaitu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke projek pemulihan dan naik taraf landasan kereta api antara Gemas, Negeri Sembilan hingga Stesen Kereta Api Mentakab, Pahang, hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas dakwaan yang dibangkitkan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoalkan siapakah calon Menteri Besar PH sekiranya Aminuddin gagal mempertahankan kerusinya pada PRN Negeri Sembilan.

Malah, Asyraf turut membangkitkan persoalan sama ada rakyat negeri itu bersedia menerima Anthony sebagai Menteri Besar.

Anthony bagaimanapun menegaskan perkara itu tidak berbangkit kerana syarat pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan sudah diperuntukkan dengan jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, selain PH kekal mempertaruhkan Aminuddin sebagai calon tunggal untuk menerajui pentadbiran negeri.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan persaingan sengit melibatkan beberapa gabungan politik utama bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Aminuddin, yang mengetuai pentadbiran negeri sejak 2018, sekali lagi menjadi wajah utama PH dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri.

Berita berkaitan
ECRL mula operasi Disember, tiket ekonomi diskaun 30 peratus: Loke
October 20, 2026· Isu semasa
Kemelut N9: Ismail Lasim berdepan tindakan hina mahkamah
October 20, 2026· Isu semasa
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026· Isu semasa
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
October 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
6 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
7 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok