MCMC buka siasatan awam untuk wajib daftar pengguna prabayar

October 15, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan sesi siasatan awam mengenai cadangan standard mandatori baharu untuk pendaftaran pengguna prabayar.

Inisiatif ini bertujuan menggantikan Garis Panduan Pendaftaran Pengguna Prabayar 2017 dengan peraturan yang lebih kukuh dan selamat.

Menurut MCMC, siasatan awam ini dilaksanakan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pembangunan piawaian tersebut.

Langkah ini memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberikan pandangan sebelum standard itu dimuktamadkan.

“Kami mengalu-alukan penyertaan aktif semua pihak. Maklum balas mereka amat penting untuk memastikan standard yang dibangunkan adalah menyeluruh, praktikal serta sejajar dengan keperluan semasa industri,” jelas MCMC dalam kenyataan media.

Antara ciri utama cadangan standard baharu ini ialah pengenalan mekanisme keselamatan melalui pengesahan berbilang faktor (MFA).

Selain itu, MCMC akan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan dan mengambil tindakan penguatkuasaan bukan sahaja ke atas pembekal perkhidmatan, malah termasuk pengedar yang terlibat dalam proses pendaftaran.

Peraturan baharu turut memperkenalkan perlindungan tambahan untuk pengguna bawah umur. Individu berusia 12 hingga 17 tahun diwajibkan mendaftar melalui ibu bapa atau penjaga sah.

Cadangan ini juga memperkenalkan had baharu jumlah kad SIM yang boleh didaftarkan oleh seorang individu, sama ada warganegara Malaysia atau warga asing.

Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif untuk membendung penyalahgunaan kad SIM yang berleluasa.

Orang ramai dan pihak berkepentingan dijemput untuk mengemukakan pandangan mereka melalui laman web rasmi MCMC bermula sekarang sehingga 28 November 2025.

Berita berkaitan
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
13 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming
July 21, 2026· Isu semasa
IRC 2026 perkukuh agenda digital selamat Malaysia: MCMC
July 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
4 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
11 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
17 jam lalu · Isu semasa
Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok