Pembekal telco diminta pastikan liputan komunikasi kukuh hadapi Monsun Timur Laut

September 6, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menjalankan tinjauan dan ujian kualiti liputan komunikasi di Kampung Sepagaya, Lahad Datu bagi menilai tahap kesiapsiagaan penyedia perkhidmatan komunikasi (telco) bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Melalui ujian bersama bersama-sama pembekal perkhidmatan, aplikasi MCMC NEXUS menunjukkan menara komunikasi di kawasan tersebut mampu mencapai kelajuan sehingga 300Mbps bagi rangkaian 5G dan 80Mbps bagi 4G.

“Liputan berkelajuan tinggi ini memanfaatkan kira-kira 3,800 penduduk setempat,” menurut kenyataan MCMC.

Sehingga 31 Julai 2025, liputan Internet di kawasan berpenduduk Sabah telah menunjukkan peningkatan ketara kepada 95.30% berbanding 73.41% sebelum pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Bagi memastikan perkhidmatan komunikasi tidak terjejas semasa musim banjir, semua telco telah diarahkan untuk menambah kapasiti rangkaian dan menyediakan bekalan kuasa sandaran seperti genset dan sistem hibrid solar memandangkan Kampung Sepagaya merupakan lokasi berisiko banjir.

Selain itu, dua (2) Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) iaitu NADI Kampung Sepagaya dan NADI Layung Industrial turut disediakan untuk komuniti setempat.

“Ini selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk meningkatkan ketercapaian digital, memacu pembangunan sosioekonomi serta memperkukuh agenda pendigitalan negara,” jelas MCMC dalam kenyataannya.

Tinjauan itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

Berita berkaitan
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
11 jam lalu· Isu semasa
MCMC ambil tindakan pantas tangani berita palsu krisis tenaga: Fahmi
21 jam lalu· Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
April 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
April 17, 2026 · Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
11 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
20 jam lalu · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok