MCMC siasat video fitnah terhadap Tabung Haji

August 23, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah memulakan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung penyebaran video fitnah dan hasutan di platform media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, memandangkan pihak terlibat terus menyebarkan kandungan fitnah walaupun penjelasan rasmi telah diberikan oleh TH dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Parlimen.

“Individu yang menyebarkan fitnah ini sedang dikenal pasti untuk tindakan undang-undang.

“Penyebaran maklumat palsu ini merupakan satu jenayah serius, dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM500,000,” tegas Fahmi selepas majlis Pelancaran Kempen Denyut Nadi Merdeka hari ini.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, memaklumkan laporan polis dan laporan kepada MCMC dibuat bagi menangani isu tersebut.

Beliau menegaskan bahawa video provokasi dan tuduhan melulu terutamanya berkaitan inisiatif penjenamaan dan tadbir urus TH boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

Fahmi turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial, dengan mengambil iktibar daripada kes-kes sebelumnya seperti kes fitnah terhadap arwah Zara Qairina Mahathir dan individu yang menyamar sebagai pakar patologi.

“Fitnah terhadap TH tidak akan dipandang ringan. Siasatan menyeluruh akan dijalankan, dan jika terdapat elemen lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan terlibat,” jelas beliau.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
14 jam lalu· Politik
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
16 jam lalu· Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
13 jam lalu · Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026 · Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026 · Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026 · Isu semasa
Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar
August 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok