Militan asing warga Bangla berjaya ditumpaskan PDRM

June 27, 2025 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penahanan dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.

“Dalam operasi terbabit, lima daripada mereka dikenal pasti terlibat di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan dan telah didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam serta Johor Bahru.

“Sebanyak 15 individu lagi telah dikenakan perintah pengusiran, manakala 16 individu sedang disiasat berkaitan penglibatan mereka dalam gerakan militan itu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil risikan dan tindakan bersepadu Pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan berkenaan membawa masuk fahaman pelampau berasaskan ideologi Islamic State (IS) ke dalam negara.

Saifuddin Nasution berkata, kumpulan itu turut mewujudkan sel pengrekrutan dalam kalangan komuniti mereka bagi tujuan mengindoktrinasikan fahaman radikal, mengumpul dana untuk aktiviti keganasan dan menjatuhkan kerajaan sah di negara asal mereka.

“Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat berlindung, apatah lagi medan anasir subversif untuk mana-mana gerakan ekstremis asing.

“Tindakan yang diambil ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani amat serius dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan itu juga membuktikan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan negara khususnya PDRM dalam memelihara kedaulatan, keharmonian dan ketenteraman awam.

Saifuddin Nasution turut mengulangi jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh keupayaan risikan dan menggandakan penguatkuasaan serta bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dalam dan luar negara untuk memastikan Malaysia kekal aman, stabil dan bebas daripada ancaman keganasan.

“Sebarang cubaan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi militan atau pusat transit gerakan ekstremis akan ditangani dengan tindakan tegas, pantas dan berkesan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Pemegang kad UNHCR tetap tertakluk kepada undang-undang
July 13, 2026· Isu semasa
Rakyat Malaysia ditahan di Macau bawa heroin RM2 juta: Laporan
July 6, 2026· Isu semasa
RM429 juta peruntukan untuk polis, imigresen dan penjara Johor: Saifuddin Nasution
July 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
4 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
8 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
13 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok