Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen

August 19, 2026 · Isu semasa

Harga petrol dan diesel tanpa subsidi meningkat antara 10 hingga 20 sen seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos susulan kenaikan harga minyak mentah dunia yang dipengaruhi ketegangan geopolitik.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan harga RON97 naik 10 sen kepada RM4.25 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi meningkat 15 sen kepada RM3.77 seliter.

Harga diesel tanpa subsidi pula naik 20 sen kepada RM4.67 seliter.

Menurut MoF, kenaikan itu ditentukan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), dengan pergerakan harga minyak dunia sepanjang tempoh pengiraan menjadi antara faktor utama.

“Ketidakstabilan geopolitik dunia meningkatkan risiko terhadap bekalan minyak mentah, termasuk kekangan trafik di Selat Hormuz susulan konflik Amerika Syarikat, Israel dan Iran,” menurut kementerian itu.

Tekanan terhadap pasaran petroleum dunia turut dipengaruhi konflik Rusia-Ukraine selepas Ukraine menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia dalam tempoh pengiraan APM.

Bagaimanapun, kenaikan harga minyak dunia tidak memberi kesan kepada pengguna yang menerima subsidi kerajaan.

Harga RON95 di bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala diesel BUDI Diesel kekal RM2.10 seliter.

Kerajaan kini menanggung subsidi RM1.78 bagi setiap liter RON95 BUDI95, manakala subsidi diesel BUDI Diesel berjumlah RM2.57 seliter.

MoF berkata turun naik harga petroleum dijangka terus berlaku selagi konflik di Timur Tengah belum diselesaikan dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal.

“Selagi konflik di Timur Tengah belum diselesaikan dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara,” menurut kenyataan itu.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia dan sebarang gangguan terhadap laluan berkenaan boleh memberi kesan kepada bekalan serta harga petroleum di pasaran global.

Dalam masa sama, Kerajaan MADANI menyeru rakyat menggunakan bahan api secara berhemat dengan merancang perjalanan lebih cekap dan mengurangkan perjalanan yang tidak perlu.

Berita berkaitan
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
September 11, 2026· Politik
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
September 9, 2026· Isu semasa
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Harga petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026 · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok