Nilai sejarah perlu diambil kira dalam pembangunan di KL: Fahmi

May 27, 2025 · Isu semasa

Aspek warisan sejarah perlu diambil kira oleh pemaju sebelum melaksanakan pembangunan semula bandar, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata Kuala Lumpur mempunyai nilai sejarah tersendiri yang perlu dipelihara dan diraikan dalam setiap perancangan pembangunan semula bandar.

“Kalau kita lihat Kuala Lumpur, memang ada komuniti yang sudah lama tinggal di sesuatu kawasan sebelum ia dibangunkan. Saya harap nilai sejarah ini diraikan sama ada melalui reka bentuk atau pemilihan pokok dalam pembangunan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Taman Rimba Bukit Kerinchi semalam.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pembangunan kawasan seperti di Pantai Sentral Park perlu dilakukan secara seimbang agar tidak meminggirkan penduduk asal termasuk komuniti B40 di sekitar kawasan seperti Kampung Kerinchi dan Taman Bukit Angkasa.

Katanya, bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai sendiri, beberapa kawasan termasuk Taman Bukit Angkasa telah dikenal pasti untuk pembangunan semula kerana prasarana projek perumahan di situ seperti lif, yang dibangunkan 30 hingga 40 tahun lalu, kini berada dalam keadaan usang dan daif.

“Pembangunan perlu bersifat inklusif supaya komuniti sedia ada turut mendapat manfaat seperti penyediaan rumah mampu milik dan berkualiti,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fahmi mencadangkan supaya satu Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar diwujudkan bagi memastikan pembangunan semula dijalankan secara sistematik, adil dan berlandaskan kerangka perundangan yang jelas.

“Ini kerana bila kita nak buat pembangunan semula, mesti ada titik keseimbangan di antara pemilik yang memiliki strata title dan juga keperluan majoriti seperti Perdana Menteri sebut sebelum ini.

“Kadang-kadang banyak dari hartanah ini berada dalam keadaan yang tidak sempurna dan hadapi pelbagai masalah.

“Maka untuk pastikan seluruh penduduk, terutamanya pemilik, mendapat manfaat, kita perlu ada undang-undang yang jelas,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya meneliti dan mempertimbangkan elemen sejarah untuk dikekalkan dalam pembangunan semula 139 kawasan yang telah dikenal pasti di ibu negara.

“Bila kita nak buat pembangunan semula, mesti ada titik keseimbangan antara pemilik strata dan keperluan majoriti, seperti disebut Perdana Menteri sebelum ini. Banyak hartanah kini berdepan pelbagai masalah dan dalam keadaan tidak sempurna,” tambah beliau.

Berita berkaitan
TM salur RM500,000 bantu kebajikan pengamal media: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media hadapi cabaran ekonomi: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
2 jam lalu · Isu semasa
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok