Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu

April 16, 2026 · Isu semasa

Seorang bekas pemandu bas ekspres bersama teman wanitanya direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan aksi seorang lelaki meriba wanita ketika memandu di Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Bemban.

Perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap kedua-dua suspek berusia 21 dan 36 tahun.

Mereka tiba di Mahkamah Jasin sekitar jam 9 pagi dengan berpakaian lokap dan bergari.

Kes ini menjadi perhatian ramai selepas rakaman video berkenaan tersebar luas di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan penumpang bas awam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam Ahad lalu ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Larkin, Johor Bahru, sebelum memasuki kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban.

Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada petang semalam untuk memberikan keterangan.

“Mereka hadir secara sukarela bagi membantu siasatan berhubung video yang tular itu,” katanya.

Lelaki berkenaan berasal dari Kuala Lumpur, manakala wanita itu dari Kedah.

Mereka dilihat tiba sekitar jam 4.30 petang dengan menaiki sebuah Proton Persona yang dipandu individu dipercayai ahli keluarga. Kedua-duanya turut memakai pelitup muka berwarna biru ketika hadir di balai polis.

Insiden ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak, terutama pengguna pengangkutan awam yang mempersoalkan tahap profesionalisme dan pematuhan prosedur keselamatan oleh pemandu.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kesalahan yang mungkin dilakukan serta tindakan sewajarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan jalan raya dan pengangkutan awam.

Berita berkaitan
Projek30% puji langkah PKR ketengah calon wanita di PRN Melaka, cadang kuota diwajibkan
October 30, 2026· Politik
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026· Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
November 2, 2026 · Isu semasa
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok