Pemandu e-hailing bawah 2,000km tak layak kuota tambahan BUDI95

December 18, 2025 · Isu semasa

Pemandu e-hailing yang mencatat jarak perjalanan bulanan kurang daripada 2,000 kilometer (km) tidak layak menerima tambahan kuota petrol di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi bulan berikutnya.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, kelayakan ditentukan berdasarkan rekod jarak perjalanan sebenar yang direkodkan dalam sistem syarikat pengendali e-hailing (EHO) bagi bulan sebelumnya.

Menurutnya, pemandu yang berada dalam kategori perjalanan bawah 2,000km akan kekal menerima kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan tanpa tambahan kuota.

“Bagi pemandu dengan jarak perjalanan antara 2,000km hingga 5,000km pada bulan sebelumnya, mereka layak menerima tambahan 300 liter BUDI95, menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter termasuk kelayakan asas,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr RA Lingeshwaran pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.

Beliau menjelaskan, pemandu yang mencatat perjalanan 5,000km ke atas pula layak menerima tambahan 500 liter, menjadikan siling kelayakan maksimum 800 liter sebulan.

Amir Hamzah turut memberi amaran tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pemandu atau EHO yang mengemukakan maklumat palsu atau bercanggah dengan rekod sistem.

“Pendekatan berasaskan data perjalanan sebenar ini menutup ruang ketirisan kepada pemandu tidak aktif, pemandu sambilan minimum atau akaun yang disalah guna, di samping memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar bergantung kepada e-hailing sebagai sumber pendapatan utama,” katanya.

Setakat Disember, beliau berkata daripada 164,000 pemandu e-hailing berdaftar, lebih 106,000 atau 65 peratus layak menikmati siling BUDI95 sekurang-kurangnya 600 hingga 800 liter.

Jarak perjalanan bulanan ditentukan melalui penggabungan data semua EHO dan disahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

“Hanya pemandu warganegara dengan lesen PSV dan permit e-hailing yang sah akan dipertimbangkan. EHO juga diwajibkan mengemukakan rekod perjalanan bulanan yang tepat dan sahih pada awal setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, menjawab cadangan rebat tunai bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), Amir Hamzah berkata kerajaan tidak bercadang menggantikan subsidi BUDI95 dengan rebat tunai.

“Langkah itu boleh mengubah tujuan asal BUDI95 dan menjejaskan keberkesanan penyasaran subsidi,” katanya.

Berita berkaitan
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
June 25, 2026· Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
June 25, 2026· Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
June 24, 2026· Isu semasa
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
June 23, 2026· Uncategorized
Lagi Isu semasa terkini
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
June 27, 2026 · Isu semasa
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
6 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok