Pemberian RM100: Tiada permohonan diperlukan, guna MyKad

July 31, 2025 · Isu semasa

Orang ramai berusia 18 tahun dan ke atas tidak perlu membuat permohonan bagi pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad, kata Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

Menurut beliau, data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran kerana penghargaan SARA ini dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad.

“Inisiatif penghargaan SARA membolehkan sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi.

“Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM500 dan bukannya hanya RM100 seisi rumah,” katanya pada sesi pemberitahuan waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang minta menteri kewangan menjelaskan proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima dan berbelanja RM100 di bawah inisiatif SARA itu.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kredit itu boleh dibelanjakan di lebih 4,500 premis runcit yang berdaftar sehingga 29 Julai ini dan akan bertambah dari semasa ke semasa,

Ia melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan harian dalam 14 kategori antaranya barangan makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.

Antara premis yang berdaftar adalah seperti Giant, Mydin, Bataras, C-Mart dan TF Value-Mart.

“Sekiranya terdapat premis yang ingin berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA, mereka boleh membuat permohonan kepada Yayasan MyKasih untuk proses selanjutnya.

“Untuk makluman, senarai pasar raya dan kedai runcit ini bukan muktamad dan sejak pengumuman Perdana Menteri dibuat pada 23 Julai 2025, jumlah ini telah meningkat. Sekiranya terdapat pasar raya dan kedai runcit yang berminat untuk turut serta, mereka boleh menghubungi pihak MyKasih untuk mendaftar.

“Dengan pelaksanaan penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025 iaitu kenaikan sebanyak 50 peratus berbanding RM10 bilion ringgit pada tahun 2024,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
August 19, 2026· Isu semasa
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
August 19, 2026· Politik
Reformasi ekonomi tak popular, tapi perlu untuk masa depan: Amir Hamzah
August 18, 2026· Isu semasa
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
August 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
12 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok