Pemuda UMNO Johor tegur PKR dan Amanah gelojoh berebut kerusi pilihan raya

August 29, 2025 · Politik

Pemuda UMNO Johor mengkritik sikap terburu-buru pimpinan PKR dan Amanah negeri ini yang dilihat terlalu ghairah membincangkan perebutan kerusi pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata tindakan kedua-dua parti itu tidak menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masalah harian yang sedang dihadapi oleh rakyat.

“Parti yang membentuk kerajaan seharusnya lebih prihatin dengan keperluan rakyat. Sikap gelojoh berebut kerusi ini tidak sesuai dengan keadaan semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketika rakyat sedang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup, pemimpin politik sepatutnya menumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukannya asyik memikirkan soal kerusi dan kuasa.

“Tatkala rakyat dibebani cabaran hidup, pemimpin parti politik seharusnya menumpukan tenaga, pemikiran dan usaha memastikan permasalahan rakyat ditangani dengan baik dan bijaksana, lebih-lebih lagi parti yang membentuk kerajaan,” katanya lagi.

Noor Azleen menambah prestasi kerajaan dalam menangani isu rakyat sedang diperhatikan dengan teliti, dan UMNO Johor tidak akan terperangkap dengan permainan politik seperti ini.

Beliau juga menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan UMNO di kerajaan negeri yang akan terus berusaha menyelesaikan masalah rakyat untuk merealisasikan agenda Maju Johor.

Kenyataan ini dibuat sebagai respons kepada kenyataan Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain, yang meminta UMNO Johor menyatakan pendirian jelas sama ada akan terus bersama Pakatan Harapan (PH) atau menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRN akan datang.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa, juga dilaporkan menyatakan hasrat parti itu untuk menawan tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di Johor pada pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
10 Komitmen Utama Manifesto PH Negeri Sembilan
July 20, 2026· Rencana
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
July 20, 2026· Rencana
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu· Politik
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
July 20, 2026 · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok