Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 279 Arahan Suruhanjaya kepada pelbagai penyedia perkhidmatan mudah alih di seluruh negara.
Syarikat telekomunikasi memberi jaminan rekod penggunaan rangkaian mudah alih yang diberikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilindungi dan privasi mereka tidak akan terjejas.
Tiga pengendali rangkaian mudah alih (MNO) utama tempatan dalam kenyataan media hari ini berkata akan mematuhi arahan MCMC untuk menyerahkan rekod penggunaan rangkaian mudah alih dan ia tidak melibatkan maklumat peribadi pengguna.
Maxis Bhd, Telekom Malaysia, CelcomDigi Bhd, YTL Communications Sdn Bhd dan U Mobile Sdn Bhd berkata mereka meletak keutamaan tertinggi privasi dan keselamatan data pengguna.
“Untuk inisiatif ini, seperti yang diminta oleh MCMC, namun tiada akses kepada, pemprosesan, atau perkongsian maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi pada mana-mana peringkat.
“Semua data adalah tanpa nama oleh Maxis dan diproses secara agregat dalam persekitaran yang selamat, dengan mematuhi Akta 201 Perlindungan Data Peribadi sepenuhnya,” kata Maxis dalam kenyataan.
Telekom Malaysia juga menyatakan Data Telefon Bimbit (MPD) yang dikemukakan kepada MCMC adalah dalam bentuk anonim dan tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.
“TM kekal komited dalam memastikan keselamatan dan privasi data pelanggan terus terpelihara dengan penuh tanggungjawab dan integriti,” kata syarikat itu.
Dalam satu kenyataan lain, CelcomDigi berkata bahawa ia “terus bekerjasama dengan MCMC untuk menyokong inisiatif kerajaan, tanpa menjejaskan integriti data pelanggan”.
YTL Communications, pengendali YES pula berkata bahawa ia “telah mengambil langkah ketat untuk memastikan semua data tidak dikenali sebelum penyerahan. Tiada maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi telah dikongsi dan privasi pelanggan kekal menjadi keutamaan kami”.
Sementara itu, U Mobile menyatakan bahawa ia “telah menetapkan dasar dan proses untuk memastikan bahawa mana-mana data yang dikongsi adalah tanpa nama, diagregatkan dan dikendalikan dengan mematuhi semua undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.
“Apabila kami berkongsi data telefon mudah alih, maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi tidak akan dikongsi atau diproses,” kata U Mobile.
Terdahulu, sebuah portal luar negara, South China Morning Post (SCMP) melaporkan MCMC telah menuntut panggilan terperinci dan log internet untuk tiga bulan pertama 2025, jika gagal, syarikat telekomunikasi itu akan disifatkan sebagai tidak patuh — satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, yang membawa hukuman denda RM20,000, atau enam bulan penjara.
MCMC menjelaskan bahawa permintaannya untuk data telefon mudah alih daripada MNO adalah khusus bagi penjanaan statistik rasmi untuk menyokong penggubalan dasar berasaskan bukti, dan tiada maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi akan diakses, diproses atau didedahkan.
Statistik yang dijana itu dijadualkan akan digunakan untuk menyokong penggubalan dasar dalam sektor utama, seperti maklumat, komunikasi dan teknologi, dan pelancongan, kata MCMC.
MCMC lewat minggu lalu berkata bahawa MNO boleh sama ada memproses data secara selamat secara dalaman dan memberikan keputusan tanpa nama, atau, jika tiada keupayaan pemprosesan dalaman, menyerahkan data tanpa nama terus kepada MCMC.
“Dalam kedua-dua kes, tiada pelanggan individu boleh dikenal pasti melalui data yang dikumpul,” kata MCMC.
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
27 barangan dikawal sempena Aidilfitri
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
Ringgit lemah walaupun harga minyak naik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan