Penghantaran Ubat Melalui Pos: 80,000 pesakit bakal terima manfaat

September 29, 2026 · Isu semasa

Pesakit yang layak tidak lagi perlu menanggung kos penghantaran ubat-ubatan susulan apabila kerajaan melaksanakan inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma mulai 1 Oktober ini.

Inisiatif itu dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersama Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sebagai kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melalui pelaksanaan itu, kos penghantaran ubat susulan bagi pesakit yang layak akan ditanggung sepenuhnya kerajaan untuk tempoh setahun.

Inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 80,000 pesakit setiap bulan di seluruh negara, dengan anggaran kos penghantaran sebanyak RM5 juta ditanggung sepenuhnya.

Fahmi berkata pelaksanaan UMP bertujuan meringankan beban rakyat selain memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat tanpa perlu hadir secara fizikal ke fasiliti kesihatan.

Langkah ini memberi kemudahan kepada rakyat, khususnya pesakit yang memerlukan bekalan ubat susulan secara berkala, di samping menggalakkan penggunaan perkhidmatan kesihatan digital.

MCMC akan menyelaras pelaksanaan inisiatif berkenaan selaras dengan peranannya sebagai badan kawal selia sektor pos negara. KKM pula bertanggungjawab mengurus kelayakan pesakit serta penyediaan bekalan ubat, manakala penghantaran akan dilaksanakan oleh Pos Malaysia.

Pelaksanaan UMP turut menjadi kesinambungan kepada pengumuman Menteri Komunikasi ketika pelancaran Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) pada 15 Jun lalu.

Kerajaan melihat penggunaan teknologi dan perkhidmatan digital sebagai antara pendekatan bagi memperluas akses rakyat kepada kemudahan kesihatan, terutama bagi pesakit yang memerlukan rawatan susulan secara berkala.

Dengan kos penghantaran ditanggung sepenuhnya, pesakit yang layak dapat menerima ubat susulan terus ke lokasi ditetapkan tanpa perlu berulang-alik ke fasiliti kesihatan semata-mata untuk mengambil bekalan.

Inisiatif itu juga memperlihatkan kerjasama antara kementerian dan sektor pos dalam mengembangkan perkhidmatan digital yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

Berita berkaitan
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
13 jam lalu· Isu semasa
Sistem Amaran Awal Nasional diuji 23 dan 29 November, Fahmi minta orang ramai bersedia
November 19, 2026· Isu semasa
MCMC saran orang ramai kemas kini telefon untuk terima amaran kecemasan
November 19, 2026· Isu semasa
MCMC nafi ujian amaran awal di empat negeri hari ini
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
13 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
13 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok